View: 4907|Reply: 0
|
[Terengganu]
Mangsa tikam di kedai dobi stabil
[Copy link]
|
|
Laporan terdahulu.
Kuala Nerus: Wanita yang ditikam dengan senjata tajam di kedai dobi layan diri berhampiran Kem Sri Pantai, Seberang Takir di sini, dilapor stabil.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, mangsa berusia 31 tahun cedera di belakang badan dipercayai ditikam dengan gunting.
Katanya, kejadian berlaku kira-kira 3 petang ketika mangsa masuk ke premis sendirian dan ditikam daripada belakang.
"Suspek turut memukul dan menendang mangsa sebelum melarikan diri dengan Proton Wira.
"Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dan dilapor stabil," katanya hari ini.
Beliau berkata, usaha memburu suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324/393 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-kedai-dobi-stabil |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|