CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4734|Reply: 0

[Johor] RM78 juta diperuntukkan untuk persediaan hadapi banjir

[Copy link]
Post time 1-10-2023 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru : Kerajaan negeri memperuntukkan RM78 juta sebagai langkah menghadapi banjir yang biasanya melanda Johor pada akhir dan awal tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, peruntukan itu bertujuan melaksanakan kerja pembersihan dan penambahbaikan infrastruktur di 100 lokasi panas banjir di seluruh negeri itui.

Menurutya, kerja penambahbaikan sebagai persediaan menghadapi banjir itu sudah dimulakan sejak awal tahun ini.

"Di 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) kita mengesan terdapat 100 lokasi panas banjir dan yang paling banyak di daerah ini.

"Untuk 100 lokasi panas banjir di 16 PBT ini, secara keseluruhannya kita peruntukkan RM78 juta dan kita bukan kerjasama dengan PBT sahaja tetapi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga.

"Oleh sebab itu, mana kawasan longkang, sungai termasuk kolam-kolam takungan, kita sudah gerakkan kerja pembersihan dan pembaikan sejak awal tahun lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Karnival UDA 2023 di Angsana Johor Bahru Mall di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Berhad (UDA) Datuk Mohd Salem Kailany.

Mohd Jafni berkata, pihaknya sudah mengarahkan setiap PBT mengenal pasti lokasi panas banjir sejak tahun lalu selepas negeri itu berdepan banjir dan banjir kilat.

Katanya, kerja penambahbaikan dan pembersihan di semua lokasi panas itu ada yang mengambil jangka masa singkat dan sederhana.

"Kerja-kerja ini ada yang kita boleh selesaikan dalam masa tiga hingga enam bulan, ada juga memerlukan fasa sederhana membabitkan dua atau tiga kali fasa baharu selesai," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai isu hartanah di negeri terbabit, Mohd Jafni berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan syarikat pemaju hartanah membangunkan perumahan mampu milik di negeri ini dengan kos jualan di bawah harga RM300,000 seunit.

"Sebelum ini, pemaju risau kediaman mampu milik ini tidak terjual tetapi kini mereka tidak perlu bimbang kerana kerajaan negeri akan bantu pasarkan hartanah terbabit, kita akan bantu jual kepada golongan sasar.

"Selain itu, kerajaan negeri juga sudah mengadakan pertemuan dengan 57 syarikat pemaju dan kita mendapat komitmen pembinaan sejumlah 14,000 unit kediaman rumah mampu milik di seluruh negeri ini.

"Sasaran kita adalah untuk membina sebanyak 30,000 unit kediaman rumah mampu milik menjelang 2026," katanya.


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor merasmikan Karnival UDA 2023 di Angsana Johor Bahru Mall di sini, hari ini. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... diaan-hadapi-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.040137 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list