CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4596|Reply: 0

[Melaka] Ku sangka digigit biawak, rupanya anak buaya

[Copy link]
Post time 1-10-2023 12:52 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA APM menangkap anak buaya yang memasuki sebuah rumah di Tanjung Bidara. FOTO Ihsan APM UMT

Alor Gajah: "Mak cik baru melangkah keluar pintu rumah sebelum terkejut apabila terasa ada 'benda' menggigit kaki kiri."

Begitu kata Faridah Abd Ghani, 65, mengenai kemunculan anak buaya di rumahnya di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Menurutnya, kehadiran anak buaya sepanjang lebih 30 sentimeter itu disedari pada 6 pagi ketika hendak mengemas beranda rumahnya.

Katanya, pada mulanya dia menyangka digigit biawak kerana keadaan masih gelap sebelum anak lelakinya yang datang memeriksa mendapati ia adalah anak buaya.

"Jika biawak sudah tentu ia lari, tapi anak buaya itu hanya mengangakan mulut sebelum anak mak cik menekupnya dengan tudung saji dan menghubungi APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia)," katanya ketika dihubungi.

Faridah berkata, berikutan rumahnya berdekatan pantai, dia memang pernah melihat kelibat buaya berenang di kawasan pantai di situ.

"Namun, ini kejadian pertama kali anak buaya naik ke rumah dan mujur saya tidak mengalami luka," katanya lagi.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Unit Masjid Tanah (UMT), Leftenan (PA) Shahrul Riza Saiful Bahry berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.04 pagi sebelum sepasukan empat anggota bergegas ke lokasi.

Menurutnya, anggota berjaya menangkap anak buaya yang dipercayai tersesat lalu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -rupanya-anak-buaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 1.950645 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list