View: 4728|Reply: 0
|
[Perak]
Lemas ketika cuba selamatkan rakan
[Copy link]
|
|
PEGAWAI kesihatan menjalankan CPR ke atas remaja lemas di Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor. FOTO Ihsan JBPM
Lumut: Seorang remaja mati lemas selepas hilang ketika cuba menyelamatkan rakan di Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Lee Zhi Siong, 20, dilaporkan hilang ketika cuba menyelamatkan rakannya yang hampir lemas ketika mandi di pantai peranginan itu.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 3.04 petang.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dilancarkan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum ditemukan mati lemas pada jam 3.45 petang.
"Siasatan awal polis mendapati mangsa yang berusia 20 tahun itu ingin menyelamatkan rakannya daripada lemas ketika mandi di pantai berkenaan, tetapi mangsa hilang manakala rakannya berjaya menyelamatkan diri.
"Mayat dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat dan siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ba-selamatkan-rakan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|