CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4735|Reply: 0

[Selangor] Stadium Shah Alam tetap diroboh tahun ini - Amirudin

[Copy link]
Post time 1-10-2023 01:00 PM | Show all posts |Read mode

STADIUM Shah Alam yang akan dibangunkan semula. FOTO NSTP.

Shah Alam: Kerajaan Selangor masih menunggu kelulusan permohonan Kebenaran Merancang (KM) bagi kerja merobohkan Stadium Shah Alam yang bakal diganti dengan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya menjangkakan perobohan salah satu mercu tanda negeri itu akan dibuat pada Oktober atau awal November nanti.

"Sekarang saya tengah tunggu KM.... KM dapat, kita akan laksanakan (perobohan) tahun ini.

"Sudah tentu, stadium akan dirobohkan tahun ini. Jika tidak awal Oktober, pada akhir Oktober atau mungkin awal November ini. Itu sasaran kita.

"Insya-Allah, tahun ini kita akan mulakan perobohan dan 2026 akan siap," katanya ketika mengulas perkembangan terkini perobohan stadium itu selepas ditemui pada majlis perasmian Selangor Property Expo 2023 Anjuran Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor (LPHS) di sini hari ini.

Media pada Jun melaporkan, kerajaan negeri sudah menghantar pemohonan KM untuk kerja merobohkan Stadium Shah Alam.

Kerajaan negeri juga dilapor mengumumkan yang mercu tanda Selangor dan fasiliti sekitarnya akan berwajah baharu, menerusi kerjasama dengan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) yang kosnya dianggar RM787 juta.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tahun-ini-amirudin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.058642 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list