View: 5935|Reply: 0
|
[Selangor]
Tenaga pengajar, pelajar tahfiz perlu celik IT untuk bersaing
[Copy link]
|
|
GABUNGAN Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) pada penyerahan set multimedia kepada institusi tahfiz di Hotel Geno, Shah Alam. FOTO Faiz Anuar
Shah Alam: Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (Pinta) mahu tenaga pengajar dan pelajar tahfiz lebih ke depan dan celik kemahiran teknologi maklumat (IT) agar selari dengan perkembangan modenisasi semasa.
Presidennya, Mohd Zahid Mahmood berkata, selaras dengan arus teknologi, pihaknya mengambil inisiatif mengagihkan 20 set komputer, 20 set mesin pengimbas serta 20 set projektor terkini kepada pusat tahfiz di bawah Pinta di seluruh negara.
Menurutnya, inisiatif itu bagi menepis tanggapan bahawa pusat tahfiz hanya menggunakan komputer terpakai atau tempat 'membuang' komputer hampir rosak atau hendak dibuang sahaja.
Katanya, semua peralatan bernilai RM250,000 itu diserahkan kepada Pejabat Pinta negeri yang menguruskan madrasah tahfiz al-Quran termasuk Sabah dan Sarawak.
"Ini idea dan inisiatif kami menerusi sumber kewangan yang diperolehi gabungan Pinta sendiri sebab kita melihat komputer yang ada sekarang terkebelakang, tak dapat bertahun lama.
"Jadi, kita sumbangkan (komputer) paling terkini, malah mereka juga diberikan kursus kemahiran bagaimana hendak mengendalikan komputer, mesin pengimbas serta projektor sebelum ilmu diturunkan kepada tenaga pengajar serta pelajar.
"Usaha ini juga dilakukan agar setiap negeri mendapat manfaat walaupun tidak banyak, tetapi dapat dirasai di setiap Pusat Pinta negeri di seluruh negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Set Multimedia oleh Yayasan Pinta, di sini, hari ini.
Mohd Zahid yang juga Pengerusi Yayasan Pinta berkata, sumbangan itu juga memberikan manfaat kepada pelajar, bukan sahaja kepada tenaga pengajar.
"Sebab kita mahu agar pusat tahfiz ini lebih berdaya saing, bukan sahaja dengan sekolah kerajaan tetapi sekolah swasta, itu matlamat kami sebagai permulaan.
"Hasrat warga tahfiz ini, dapat dilihat oleh kerajaan dan masyarakat bahawa pusat tahfiz memerlukan rakan strategik, prasarana terbaik untuk membangunkan dengan berkemahiran dan terus ke depan," katanya.
Untuk rekod, terdapat 1,000 madrasah di bawah gabungan Pinta yang kebanyakan dianggarkan mempunyai seramai 20 hingga 50 pelajar bagi setiap madrasah berusia 12 hingga 17 tahun.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-it-untuk-bersaing |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|