View: 7910|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Harimau kumbang ketiga dalam tempoh sebulan masuk perangkap
[Copy link]
|
|
Harimau kumbang ketiga yang masuk ke dalam perangkap di Kampung Beting Ulu, di sini. - Foto NOR AINNA HAMZAH
KUALA PILAH – Penduduk di Kampung Beting Ulu, di sini, berasa gempar apabila bukan hanya seekor harimau kumbang masuk ke dalam perangkap, bahkan, tiga ekor dalam tempoh masa kurang sebulan.
Bahkan, lebih mengejutkan apabila, harimau kumbang berkenaan masuk ke dalam perangkap di lokasi yang sama diletakkan perangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, 5 September lalu.
Menurut penduduk, Rusmazaiti Kamarulzaman, 31, kali pertama perangkap yang menggunakan umpan tiga ekor anak anjing itu berhasil menangkap harimau kumbang adalah pada 18 September diikuti 27 September dan terkini semalam (30 September).
“Malam tadi masa saya sedang berbual di telefon kira-kira pukul 8 malam, saya dengar bunyi kuat. Bunyi itu adalah petanda harimau kumbang sudah berjaya masuk ke dalam perangkap yang disediakan.
“Jadi, kami suami isteri menyuluh ke luar rumah dan terkejut apabila mendapati terdapat kelibat seeekor lagi harimau kumbang tidak jauh dari perangkap yang sudah berhasil memerangkap seekor binatang berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi, di sini, hari ini.
Ujar Rusmazaiti, perangkap itu diletakkan kembali Perhilitan berikutan sehari selepas tangkapan kedua, dia serta suami yang mahu keluar makan malam terkejut apabila ternampak harimau kumbang tidak jauh dari rumah.
“Kami mula jadi makin peka dengan keadaan sekeliling. Jika ada bau hamis dan burung helang, itu petanda harimau kumbang ada berdekatan. Malah, jika tiada beruk atau kera juga, itu membawa petanda yang sama.
Menurutnya, disebabkan kejadian itu aktiviti mereka sekeluarga terbantut dan perniagaan juga sudah terjejas lebih seminggu.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... an-masuk-perangkap/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|