CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17707|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 70 orang pemanah cilik uji ‘kehandalan’

[Copy link]
Post time 1-10-2023 04:51 PM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN aksi pemanah kanak-kanak yang menyertai pertandingan Pertandingan Memanah Tradisional Alam Warisan yang diadakan di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti Kuala Pilah hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.


KUALA PILAH: Seramai 70 orang pemanah kanak-kanak dan remaja telah menguji ‘kehebatan’ masing-masing dengan menyertai Pertandingan Memanah Tradisional Alam Warisan yang diadakan di Ladang Alam Warisan, dekat Seri Menanti di sini hari ini.

Pertandingan tersebut diadakan bersempena penganjuran Festival Merakyatkan Seni Budaya ‘Olek Godang Seni Budaya’ Warisan Akar Umbi yang diadakan di situ.

Naib Presiden Persatuan Memanah Warisan Negeri Sembilan (Pewaris), Kamarol Zaman Ibrahim berkata, dua kategori dipertandingkan dalam pertandingan tersebut iaitu kategori remaja dan kategori cilik.

“Peserta yang bertanding berusia di antara tujuh hingga 16 tahun dengan pertandingan menggunakan format tradisional statik klasikal.

“Menerusi format ini, setiap peserta akan mengumpulkan markah menerusi 10 jenis sasaran (target) tradisional klasik dari beberapa buah negara seperti Bhutan, Korea Selatan dan Mongolia.

“Selain itu, setiap peserta juga diwajibkan berbusana tradisional sekali gus menyaksikan pertandingan hari ini berlangsung meriah dan penuh warna-warni,” katanya lagi.


SEBAHAGIAN pemanah kanak-kanak melihat markah yang berjaya diperoleh mereka pada pertandingan Pertandingan Memanah Tradisional Alam Warisan yang diadakan di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti Kuala Pilah hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Sementara itu, Kamarol Zaman memberitahu, sukan memanah tradisional hari ini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda.

“Sukan ini juga semakin mendapat tempat dan perkembangannya juga bagus, mungkin peralatan yang digunakan lebih murah berbanding memanah moden.

“Selain itu, ia juga sebagai permulaan buat kanak-kanak ini mengenal sukan memanah sebelum kebiasannya mereka menyertai pula memanah moden selepas berusia 12 tahun,” katanya.-UTUSAN.

https://www.utusan.com.my/berita ... lik-uji-kehandalan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.049353 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list