View: 901|Reply: 0
|
[Johor]
Air naik tiga kali dalam tempoh 10 minit - Penduduk
[Copy link]
|
|
Arfah melihat air memasuki perkarangan rumahnya susulan fenomena air pasang di Kampung Sungai Ayam. FOTO Alias Abd Rani
Batu Pahat: "Kami kelam-kabut bila air naik mendadak, mujurlah sempat alihkan kenderaan ke tempat lebih tinggi," kata Arfah Arifin, 64, selepas perkarangan rumahnya di Kampung Sungai Ayam ditenggelami air susulan fenomena air pasang besar, pagi ini.
Fenomena air pasang yang bermula pada 11.34 pagi, adalah tertinggi iaitu 3.1 meter berbanding dua hari sebelumnya menyebabkan beberapa jalan utama di kampung terbabit serta kawasan lain ditenggelami air.
Arfah berkata, air mula memasuki perkarangan sekitar 11.25 pagi namun tidak ke dalam rumah berikutan benteng penghadang sudah dibina.
"Sebelum itu, saya sedang menyapu sampah, tiba-tiba air dah masuk perkarangan rumah. Saya tahu air pasang berlaku tapi ingatkan tidaklah setinggi ini kerana semalam, hanya melepasi jalan.
"Penduduk di sini sudah biasa dengan fenomena ini cuma risau jika berlaku tiupan angin barat menyebabkan parasnya akan lebih tinggi berbanding hari ini," katanya ketika ditemui.
Seorang lagi penduduk, Mohd Shah Ajmain, 64, berkata sebaik melihat air semakin laju, dia segera mengalih kenderaan di tempat lebih tinggi.
Katanya, fenomena air pasang akan berlaku sebanyak tiga kali dalam tempoh 10 minit yang menyebabkan kawasan rendah akan ditenggelami air.
"Saya jangka air tak naik sebab minggu lalu sudah berlaku (air pasang). Cuma kali ini tidaklah seteruk tiga tahun lalu yang menyebabkan rumah kami dimasuki air.
"Habis semua peralatan elektrik rosak malah televisyen kami berkarat disebabkan wap air masin. Bayangkan waktu itu tong gas berisi pun boleh terapung.
"Namun, kami bersyukur kerana fenomena ini tidak berterusan dan air mula surut selepas itu. Kalau di tempat lain berlaku banjir termenung, itu yang merisaukan," katanya.
Tinjauan mendapati, kawasan berdekatan kuala paling teruk ditenggelami air namun penduduk lebih awal membuat persiapan termasuk mengalih barangan ke tempat lebih tinggi.
Mengikut data air pasang di Kuala Batu Pahat, hari ini adalah paras tertinggi direkodkan berbanding 2.93 dua hari lalu.
Fenomena ini bermula sejak Khamis lalu dan dijangka berakhir Rabu ini. Keadaan ini menyebabkan beberapa kawasan rendah berhampiran laut dan sungai akan dinaiki air.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-10-minit-penduduk |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|