CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 862|Reply: 0

[Pahang] Tular tarik beg, bapa pilih naik bas ke UMPSA

[Copy link]
Post time 2-10-2023 05:08 PM | Show all posts |Read mode

Tahir Untong ketika menghantar anaknya pada hari pendaftaran di Universiti  Malaysia Pahang Sultan Abdullah (UMPSA), Kuantan. FOTO Ihsan UMPSA

Kuantan: Keluarga seorang mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah (UMPSA) di sini, terkejut apabila video mengenai mereka tular di media sosial.

Tahir Untong, 57, yang juga seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Ulu Merapok, Sarawak berkata, dia terkejut apabila video dia menghantar anak perempuannya mendaftar di UMPSA tular.

Menurutnya, keputusan untuk menaiki bas adalah merupakan pilihan dirinya sendiri untuk menghantar anaknya, Nurbatrisyia Husna, 19, mendaftar ke UMPSA dengan mengikuti Pengajian Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum).

"Memandangkan kami tidak pernah ke Pahang, saya mengambil keputusan untuk menaiki kapal terbang dari Kota Kinabalu, Sabah menuju KLIA Terminal 1.

"Sebaik sampai di Kuala Lumpur, kami bermalam di hotel dan keesokannya ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur untuk mendapatkan perkhidmatan bas.

"Kebetulan di kakitangan kaunter tiket memaklumkan bas akan melalui pintu masuk UMPSA.

"Sebenarnya saya sengaja memilih untuk menaiki bas kerana menganggap ia satu peluang untuk melihat dan mengenali daerah di Pahang sepanjang perjalanan.

"Pada masa sama, saya ingin memberi pengalaman kepada anak menggunakan perkhidmatan awam apabila pulang ke Sarawak ketika cuti semester nanti," katanya.

Kisah keluarga Nurbatrisyia mendapat perhatian netizen apabila video mereka berjalan sambil menarik beg besar memasuki UMPSA pada hari pendaftaran kelmarin, tular di media sosial.

Rakaman berdurasi satu minit dan 13 saat itu menyentuh hati netizen.

Tahir berkata, video itu perlu dipandang dari sudut positif iaitu pengorbanan ibu bapa yang sanggup melakukan apa jsahaja untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada anaknya.

Katanya, di samping itu, ia memberi inspirasi kepada anak serta remaja di luar sana untuk menghargai kasih sayang ibu bapa dan belajar hingga berjaya.

"Susulan video ini, ramai rakan guru yang tinggal di Pahang dan Kuala Lumpur menghubungi untuk menghulurkan bantuan.

"Namun saya menolak secara baik kerana memang sengaja untuk merasai mengembara sendiri bersama keluarga.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih dengan keprihatinan UMPSA yang membantu menyediakan kenderaan untuk membawa kami ke lokasi pendaftaran dan asrama.

"Kami juga amat terharu dengan kerjasama pihak UMPSA yang turut membawa kami sekeluarga untuk membeli barang keperluan seperti bantal, baldi, keperluan diri dan sebagainya di beberapa pasar raya berhampiran.

"UMPSA juga menawarkan rumah tamu tetapi saya menolaknya kerana ingin menginap di hotel sekitar bandar Kuantan bagi menikmati keindahan bandar Kuantan.

"Dikesempatan ini juga saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin dan mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.

"Saya berharap anak dan semua pelajar yang mendapat menyambung pengajian di universiti beroleh kejayaan dalam pelajaran.

"Hargailah pengorbanan ibu bapa dan belajarlah bersungguh-sungguh demi masa depan yang lebih baik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-naik-bas-ke-umpsa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.044408 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list