CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 669|Reply: 0

[Selangor] Penolong pengurus eksekutif hotel didakwa cabul bekas penyampai berita popular

[Copy link]
Post time 3-10-2023 11:56 AM | Show all posts |Read mode

MOHD. Faizal Hussain tiba di di Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi menghadapi pertuduhan mencabul kehormatan seorang bekas penyampai berita wanita popular. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF


PETALING JAYA: Seorang penolong pengurus eksekutif sebuah hotel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang bekas penyampai berita wanita terkenal yang juga rakan sekerjanya, tiga bulan lalu.

Mohd. Faizal Hussain, 53, didakwa mencabul kehormatan mangsa iaitu bekas personaliti stesen televisyen swasta popular berusia 54 tahun dengan cara memegang tangannya di hotel berkenaan di Damansara, dekat sini pukul 1 petang, 13 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Majistret Zhafran Rahim Hamzah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkannya tidak mengganggu mangsa dan saksi-saksi lain sepanjang perbicaraan.

Beliau turut mengingatkan tertuduh bahawa jumlah itu boleh ditingkatkan atau dibatalkan jika syarat jaminan dilanggar.

Mahkamah menetapkan 20 November ini untuk sebutan kes dan serahan dokumen.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md. Kamal memohon jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin serta perintah agar tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi-saksi dalam kes itu.

Peguam Nur Afiqah Mohd. Ashriee bagaimanapun memohon jaminan RM1,500 atas alasan tertuduh kini digantung tugas ekoran laporan polis yang dibuat mangsa yang juga pengadu kes.

Jelas peguam, tertuduh yang berpendapatan RM9,000 kini digantung tugas dan hanya menerima separuh gaji untuk menyara isteri, tiga orang anak yang masih bersekolah, ibu serta bapa yang terlantar sakit sejak lima tahun lalu.

Nur Afiqah berkata, tiada risiko tertuduh melarikan diri kerana anak guamnya memberi kerjasama kepada polis ketika siasatan.

Peguam turut memaklumkan tertuduh telah membuat laporan polis terhadap mangsa atas dakwaan membuat laporan palsu.

Nur Afiqah juga memberitahu, pihaknya berhasrat memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan selepas pihak pembelaan dibekalkan dokumen di bawah Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah (CPC). – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... pai-berita-popular/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.042859 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list