CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 790|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Itu bukan pasar awam lah'

[Copy link]
Post time 3-10-2023 12:06 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar rakaman tular di media sosial yang mendakwa pasar awam dan tandas awam diubahsuai warga asing. FOTO Tular

Seremban: Pasar Rakyat Nilai 3 dekat Pasar Borong Nilai 3, Nilai, yang didakwa sebagai pasar basah oleh seorang individu menerusi media sosial yang tular sebenarnya bukan pasar awam.

Menjelaskan perkara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali berkata, bangunan pasar berkenaan sebenarnya diuruskan ejen pengurusan.

"Pasar itu (Pasar Rakyat Nilai 3) bukan pasar awam tetapi bangunan pemilikan berstrata yang diuruskan ejen pengurusan.

"Berdasarkan Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318), hak milik tanah bagi sesebuah kawasan pemajuan strata adalah semua pemilik dan mereka bertanggungjawab untuk menyelenggara dan mengurus bangunan sendiri," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas mengenai isu tandas yang diubahsuai, Masri berkata, kemudahan itu juga sebenarnya bukan tandas awam seperti yang didakwa.

"Sama juga seperti pasar, ia pemilikan berstrata. Jadi, tandas itu adalah tandas milik bersama pemilik petak yang ada di bangunan berkenaan dan bukannya tandas awam," katanya.

Beliau berkata, perkara yang mungkin menjadi kesalahan yang dilakukan pemilik strata sama ada pengubahsuaian tandas berkenaan mengikut kelulusan atau sebaliknya.

"Kami akan semak sama ada ubah suai yang dilakukan itu mendapat kelulusan atau tidak. Bagaimanapun, kesalahan yang dilakukan itu bukanlah seperti yang ditularkan," katanya.

Sejak semalam tular dua rakaman di media sosial yang mempersoalkan tindakan PBT di kawasan Pasar Borong Nilai 3, yang seolah membenarkan warga asing yang menyalahgunakan dua kemudahan awam itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ukan-pasar-awam-lah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.187263 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list