CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2759|Reply: 0

[Kelantan] Penjawat awam dipercayai terbabit kes curi lembu disambung reman

[Copy link]
Post time 3-10-2023 05:25 PM | Show all posts |Read mode

Kota Bharu: Rakan kepada suspek dipercayai terbabit dengan kegiatan mencuri lembu yang ditembak mati polis di Jalan Tok Bok, Machang pada 25 September lalu disambung reman selama empat hari bermula semalam sehingga 5 Oktober.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, suspek berusia 43 tahun yang juga penjawat awam ditahan pada hari kejadian sehingga Ahad lalu dan kemudian dilanjutkan sehingga Khamis ini.

"Proses sambung reman dilakukan untuk menjalankan siasatan lanjut.

"Suspek yang maut juga didapati mempunyai rekod jenayah dan tiga kes dikehendaki iaitu mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) kerana pecah rumah, Seksyen 427 KK atas kesalahan khianat dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian mencuri lembu maut ditembak polis di Jalan Tok Bok.

Suspek berusia 33 tahun itu ditembak di Kampung Joh, Labok manakala rakannya berusia 43 tahun ditahan polis.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Zaki berkata, tiga lelaki dituduh mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan selepas terbabit dengan kes tembak yang menyebabkan seorang lelaki maut di Jalan Hutan Kuin, Machang pada 17 September lalu.

"Tuduhan dijatuhkan di Mahkamah Seksyen Tanah Merah.

"Pihak kami juga mengalukan-alukan maklumat orang ramai bagi memudahkan anggota mengenal pasti lebih ramai mereka yang terbabit dalam insiden ini," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mbu-disambung-reman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.047611 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list