CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2597|Reply: 0

[Terengganu] Terengganu sasar tarik 300,000 pelancong ke Tasik Kenyir

[Copy link]
Post time 4-10-2023 04:07 PM | Show all posts |Read mode

Tasik Kenyir.

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri menyasarkan dapat menarik kedatangan 300,000 pelancong dari dalam dan luar negara ke Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, seramai 141,487 pelancong direkodkan mengunjung tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara sehingga Julai lalu.

"Kita yakin mampu mencapai sasaran walaupun negeri bakal berhadapan dengan musim tengkujuh yang dianggap masa suram untuk aktiviti pelancongan.

"Bagaimanapun, situasi berbeza di Tasik Kenyir kerana menjadi tumpuan kaki pancing pada musim tengkujuh.

"Ini adalah kelebihan Tasik Kenyir kerana dijadikan 'syurga' untuk kaki pancing setiap kali musim tengkujuh dan bakal memberi impak positif kerana kebiasaannya tempahan rumah bot akan penuh sepanjang tempoh itu," katanya.

Razali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal berkata demikian ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun), di sini, hari ini.

Terdahulu, ketika sesi soalan lisan, Mohd Zawawi Ismail (Pas-Telemong) bertanya berapakah jumlah kehadiran pelancong ke Tasik Kenyir dan apakah usaha kerajaan negeri untuk merancakkan semula aktiviti pelancongan di lokasi terbabit.

Razali memaklumkan kerajaan negeri meletakkan sasaran kedatangan satu juta pelancong ke Tasik Kenyir pada tahun depan dengan menyediakan pelbagai aktiviti pelancongan menarik.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ong-ke-tasik-kenyir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.137329 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list