CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4068|Reply: 0

Saingan MXKIDS bakal gegar Trek Motocross Keratong

[Copy link]
Post time 4-10-2023 04:28 PM | Show all posts |Read mode

SAINGAN MXKIDS semakin mencuri perhatian dan bakal memasuki pusingan ketiga yang akan berlangsung di Trek Motocross Keratong, Pahang.



SAINGAN Kejuaraan Motocross Malaysia (MMC 2023) MXKIDS akan kembali menemui para peminat bagi pusingan ketiga musim ini yang dijadualkan berlangsung di Trek Motocross Keratong, Pahang pada 14 dan 15 Oktober ini.

Saingan kali ini dijangka akan menjadi semakin meriah selepas sambutan hangat diterima dalam dua pusingan sebelum ini selain ia juga bakal berlangsung sempena Hari Sukan Negara pada tarikh berkenaan.

Penganjur kejohanan MXKIDS Funrace Series, Fazril Zabidi berkata, selepas dua peringkat perlumbaan dilangsungkan, sambutan yang diterima sangat menggalakkan daripada para peserta dan ibu bapa.

Menurutnya, pusingan ketiga yang bakal berlangsung di Keratong nanti dengan litar yang lebih sistematik pastinya menjanjikan tarikan yang hebat serta saingan sengit daripada para peserta selain jangkaan kehadiran para peminat yang akan membanjiri trek.

“Pada saingan pusingan kedua yang berlangsung bulan lalu di Bukit Badong, Kuala Selangor menyaksikan tiga kategori utama dalam saingan MXKIDS telah berlangsung dengan sengit selain satu lagi kategori melibatkan pelumba rookie.

“Seramai 56 atau 57 peserta telah mengambil bahagian pada saingan berkenaan yang berlangsung penuh debar dan sengit, malah kita menjangkakan jumlah sama atau penambahan lebih ramai peserta untuk pusingan ketiga nanti,” katanya.

Pada pusingan kedua sebelum ini, kategori MX50 dikuasai dua pelumba DAYZAMX Amsoil Racing Team, Khairul Izqi Akmal Saipudin dan Aliff Khaliq Fazril yang meraih tempat pertama dan ketiga, manakala tempat kedua dimenangi Muhammad Adam Syakir Mohd Syukri.

Kategori MX65 menyaksikan pelumba perempuan, Nur Aishah Abdullah melakar kejutan meraih kedudukan ketiga pada perlumbaan yang dimenangi oleh Muhammad Zill Qaqqim Muhammad Yusmizan dari Fattah Motorsport, manakala Muhammad Ariff Darwisy Mohd. Fuad tempat kedua.

Bagi Kategori MX85cc, Muhammad Aqil Putra berjaya mengekalkan kemenangan sambil tempat kedua dimenangi Putra Awwalzafri Mohd. Zikri dan tempat ketiga menjadi milik Muhammad Nazhan Mizan.

Penyertaan masih dibuka dan mereka yang berminat boleh menghubungi talian 013-3600802 untuk menyertai saingan pusingan ketiga itu nanti.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... motocross-keratong/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.035092 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list