CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1800|Reply: 0

[Melaka] Terkejut air parit jadi biru, berbuih dan busuk

[Copy link]
Post time 5-10-2023 10:53 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN parit di Kampung Bukit Bayan yang tercemar dipercayai akibat tindakan pihak mencuci tong mengandungi sisa buangan berbahaya. FOTO Meor Riduwan.

Melaka: Pencemaran parit di Kampung Bukit Bayan, Bukit Katil, di sini yang tular semalam, didakwa berpunca tindakan pihak tertentu mencuci tong mengandungi sisa buangan berbahaya.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira 4 petang semalam, apabila air parit dikesan bertukar kebiruan dan berbuih putih serta busuk.

Penduduk, Mohd Nizam Abdullah, 57, berkata, pencemaran parit di hadapan rumahnya itu pertama kali berlaku sepanjang 20 tahun dia tinggal di situ.

"Saya terkejut apabila pulang dari kerja pada 4.15 petang dan mendapati air parit berubah.

"Selepas diperiksa, penduduk beritahu ada orang buang sisa yang saya tidak tahu bendanya, tapi ia air parit berwarna biru dan berbuih-buih hingga banyak ikan seperti keli dan haruan mati," dakwanya.

Mohd Nizam berkata, dia bimbang pencemaran itu akan menjejaskan sumber air kerana air parit itu mengalir ke Sungai Duyong dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

Sependapat dengannya, Rizki Heri Purnomo, 23, yang memaklumkan kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu dan berharap pelaku dikenakan tindakan.

Tinjauan wartawan petang tadi mendapati, parit di Jalan Haji Said di kampung itu masih berbuih dan terdapat bangkai ikan selain berbau seperti racun rumpai.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka, Rosli Mustafa berkata, pelaku yang dipercayai melakukan perbuatan itu sudah dikenal pasti.

Katanya, terdahulu pihaknya menerima aduan mengenai pembuangan sisa berkenaan pada 7.30 malam semalam dan pasukan dihantar ke lokasi untuk siasatan lanjut.

"Siasatan ke atas sampel air yang diambil dari parit dihantar Jabatan Kimia Malaysia hari ini dan kta menunggu laporan analisisnya sebelum tindakan lanjut.

"Pihak dikenal pasti bertanggungjawab sudah diarah membersihkan sisa buangan itu," katanya ketika dihubungi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-berbuih-dan-busuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.043770 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list