View: 3262|Reply: 0
|
[Terengganu]
Jangan selesa dengan DUN tanpa pembangkang
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) tidak boleh selesa berikutan ketiadaan pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Sebaliknya, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, semua ADUN perlu bekerja keras dan menjalankan tugas dengan serius dan terbaik.
Beliau juga berpuas hati dengan perjalanan sidang DUN pertama bagi penggal ke-15 yang bermula Ahad lalu walaupun kehadiran pembangkang seperti sebelum ini.
"Saya secara umum berpuas hati dengan perjalanan (sidang DUN) dan kita akan cuba sesuaikan serta uruskan keadaan tanpa pembangkang.
"(Walaupun tiada pembangkang), saya rasa soalannya (wakil rakyat PAS dan BERSATU) sama juga dengan soalan-soalan daripada wakil-wakil pembangkang sebelum ini.
"Ada soalan yang memerlukan penelitian daripada pihak kerajaan dan ada juga soalan daripada 'backbenchers' yang ditolak oleh pihak kerajaan atas sebab-sebab yang tidak menepati syarat-syarat soalan (dan) saya rasa ini perkara biasa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri ke-15 di Wisma Darul Iman di sini.
Ketika ditanya pendapat netizen yang menyifatkan persidangan DUN Terengganu tidak 'panas' berikutan ketiadaan pembangkang, Ahmad Samsuri berkata, perkara itu sangat subjektif serta bergantung kepada pandangan dan penerimaan setiap individu.
"Saya pun tak tahu apa ukuran panas tak panas itu, adakah bermakna panas itu baik atau tidak baik, jadi ini sangat subjektif (dan) apa yang penting ialah matlamat sesuatu sidang diadakan itu tercapai.
"Saya yang diamanahkan sebagai ketua kerajaan negeri akan sentiasa memberi ingatan kepada semua (ADUN) untuk menjalankan tugas dengan serius dan terbaik," katanya.
Pada PRN yang diadakan 12 Ogos lalu, PN Terengganu menang semua 32 kerusi DUN hasil gabungan PAS dan BERSATU sekali gus mencipta sejarah kerajaan negeri tanpa pembangkang.
https://www.bharian.com.my/berit ... n-tanpa-pembangkang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|