CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3545|Reply: 0

[Kelantan] IPU Kelantan selamat, tidak bahayakan kesihatan

[Copy link]
Post time 5-10-2023 12:38 PM | Show all posts |Read mode

DR. Zaini Hussin (tiga dari kanan) semasa merasmikan Program Jelajah ANMS dan One Hour Malaysia Clean Up di Kampung Geting, Tumpat, Kelantan hari ini-UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED



KOTA BHARU: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kurang daripada 50 yang dicatatkan di negeri ini dikategorikan berada dalam keadaan selamat dan tidak membahayakan kesihatan penduduk.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, bagaimanapun pihak sentiasa membuat pemantauan dari masa ke masa bagi melihat perkembangan terkini bacaan IPU.

“Hasil pemantauan yang dilakukan oleh JKNK setakat ini tahap pencemaran udara adalah rendah dan tidak berbahaya kepada kesihatan umum.

“Berpandukan kepada situasi itu, tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan, namun orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup yang sihat,” katanya ketika ditemui  pemberita pada Majlis Perasmian Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan One Hour Malaysia Clean Up Peringkat Daerah Tumpat di Kampung Geting, di sini hari ini.

Dr. Zaini memberitahu, hujan yang berlaku ketika ini banyak membantu mengurangkan tahap pencemaran udara dan jerebu.

Katanya, situasi itu menyebabkan jerebu tidak dapat dilihat secara jelas oleh mata kasar.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... ahayakan-kesihatan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.203843 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list