CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3695|Reply: 0

[Kelantan] Berpura-pura solat sebelum cuba curi pembesar suara masjid

[Copy link]
Post time 5-10-2023 12:44 PM | Show all posts |Read mode

Suspek yang ditangkap sebelum sempat melarikan diri apabila cuba mencuri sebuah pembesar suara di Masjid Iktikaf Baba Mama, Peringat di Kota Bharu petang semalam.

KOTA BHARU – Seorang lelaki tidak sempat mencuri sebuah pembesar suara meskipun sudah berpura-pura menunaikan solat asar di Masjid Iktikaf Baba Mama, Peringat di sini semalam apabila kegiatannya itu disedari ahli jawatankuasa (AJK) masjid tersebut.

AJK masjid yang tinggal bersebelahan masjid itu melihat suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an cuba memecah pintu gril masjid menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di rumahnya kira-kira pukul 6 petang.

Imam Masjid Iktikaf Baba Mama, Azizi Noh, 60, berkata, dia bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan oleh rakannya untuk menangkap suspek, namun lelaki itu sudah melarikan diri menaiki sebuah kereta yang sedang menunggunya di luar pagar masjid.

Menurutnya, suspek didapati sudah mengumpil mangga pada pintu jeriji masjid dan menarik wayar pembesar suara itu yang berada di ruang solat wanita.

“Peralatan itu sudah berada di hadapan pintu masjid dan hanya menunggu masa untuk suspek membawanya keluar. Lelaki itu juga sempat menyelongkar kabinet yang menempatkan banyak naskhah al-Quran.

“Siasatan dalaman pihak masjid mendapati, suspek pernah beberapa kali mencuba untuk mencuri pembesar suara di sini sebelum ini, namun gagal,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Masjid Iktikaf Baba Mama, Peringat di sini hari ini.


Seorang penduduk, Nordin Mat Ali, 70, menunjukkan pembesar suara yang tidak sempat dilarikan pencuri di Masjid Iktikaf Baba Mama, Peringat di Kota Bharu petang semalam. – Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI / KOSMO!

Azizi memberitahu, sebelum ini, satu set pembesar suara yang dianggar bernilai RM1,200 hilang di masjid tersebut dan AJK masjid percaya suspek sama yang mencuri peralatan tersebut.

Menurutnya, kali ini, lelaki itu tidak sempat mengangkat keluar pembesar suara itu apabila kegiatannya disedari AJK masjid menerusi CCTV.

“Suspek juga tidak sempat membawa beg miliknya yang mengandungi peralatan untuk memecah masuk masjid dan wang tunai sebanyak RM1.

“Pihak masjid masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Kami akan membuat laporan dalam masa terdekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... besar-suara-masjid/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.053620 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list