View: 1785|Reply: 0
|
[Melaka]
3 kawasan di Melaka catat IPU tak sihat
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Kuala Lumpur: Tiga stesen udara di Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat jam 3 petang hari ini, iaitu masing-masing Bukit Rambai dengan bacaan IPU 154, Bandaraya Melaka (152) dan Alor Gajah (116).
Berdasarkan kemas kini di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) itu turut menunjukkan Port Dickson juga berada dalam udara tidak sihat dengan bacaan IPU 139.
Dua lagi stesen udara yang merekodkan tahap tidak sihat terletak di Johor iaitu Batu Pahat (116) dan Tangkak (115).
Sebanyak 51 daripada 68 stesen udara di seluruh negara menunjukkan IPU sederhana.
Indeks pencemaran udara terendah pada jam 3 petang adalah Langkawi yang mencatat IPU 22. Langkawi adalah satu daripada 11 stesen udara merekodkan tahap udara baik.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai (baik) dengan warna biru, 51 hingga 100 (sederhana-hijau), 101 ke 200 (tidak sihat-kuning), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat-jingga) 300 ke atas (bahaya-merah).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... catat-ipu-tak-sihat |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|