CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4151|Reply: 0

[Pahang] KKM siap siaga hadapi MTL - Dr Zaliha

[Copy link]
Post time 7-10-2023 09:38 AM | Show all posts |Read mode

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa bersama Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman melawat tapak projek pembinaan Bangunan Hemodialisis di Klinik Kesihatan Chemomoi hari ini. FOTO BERNAMA

Bentong: Kementerian Kesihatan (KKM) sudah bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), termasuk menyediakan 453 klinik alternatif kepada 552 premis kesihatan KKM yang berisiko dilanda banjir, di seluruh negara.

Menteri berkenaan Dr Zaliha Mustafa berkata klinik alternatif itu, akan bersedia untuk beroperasi dan memberikan perkhidmatan kepada pesakit di kawasan premis kesihatan KKM yang terjejas banjir, sepanjang MTL yang dijangka berlaku pada November ini hingga Mac tahun depan.

Beliau berkata KKM juga melakukan persiapan rapi, terutamanya berkaitan kekuatan dan kesediaan petugas kesihatan, kelengkapan peralatan dan perubatan, serta aset-aset kenderaan.

"Kita sentiasa bersedia, KKM memantau rapi situasi MTL selain bekerjasama rapat dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) selaku agensi pusat.

"Di peringkat negeri pula kita sentiasa berhubung dan bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah," katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan (KK) Chemomoi dan KK Telemong di sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Dr Zaliha berkata KMM memantau rapi 28 projek sakit melibatkan pembinaan pelbagai projek kementerian itu di seluruh negara.

Beliau berkata pemantauan yang turut melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) itu, bertujuan memastikan setiap projek disiapkan mengikut jadual asal, selain mengambil tindakan menghentikan tender kepada kontraktor yang bermasalah.

"Antara masalah utama yang kita lihat kontraktor ini hadapi sehingga gagal menunjukkan kemajuan kepada projek pembinaan ialah masalah kewangan dan tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk menjalankan kerja-kerja di tapak.

"Contohnya di KK Chemomoi ini ada satu projek sakit membabitkan pembinaan pusat dialisis yang sepatutnya dijadualkan siap bulan lepas, namun sehingga kini baru di tahap 50 peratus, jadi kita dah tamatkan perkhidmatan kontraktor lama dan akan melakukan tender semula, melantik kontraktor penyelamat bagi memastikan ia disiapkan selewat-lewatnya tahun hadapan," katanya.

Dr Zaliha berkata apabila siap kelak, kemudahan pusat dialisis di KK Chemomoi itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 29 pesakit daripada Bentong, selain pesakit yang memerlukan rawatan sama daripada sekitar Bera.

Dalam lawatan ke KK Chemomoi itu juga Dr Zaliha berkata kementerian bersetuju untuk menyediakan perkhidmatan X-Ray di premis berkenaan, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada penduduk setempat selain mengurangkan kesesakan di hospital berhampiran.

Mengenai isu kelewatan pembinaan KK Telemong di sini, beliau berkata KKM sudah mengadakan pertemuan dengan kontraktor dilantik dan mereka memberi jaminan pembinaan akan dipercepatkan dengan dijangka siap pada akhir tahun ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... adapi-mtl-dr-zaliha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.041244 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list