CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1264|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] KKD akan panggil TikTok isu iklan dan kandungan

[Copy link]
Post time 7-10-2023 12:39 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Kuala Lumpur: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil pengendali aplikasi TikTok bagi memberi penjelasan berhubung beberapa isu berkaitan iklan dan kandungan di platform terbabit.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, tindakan itu diambil selepas pihaknya menerima beberapa aduan daripada gedung perniagaan, orang awam serta agensi media yang terkesan dengan isu pengiklanan oleh platform terbabit.

Menurutnya, banyak syarikat berbelanja untuk iklan di TikTok, bukan di media (organisasi media tempatan).

"Ia memberi kesan kepada industri (media) tempatan serta organisasi media," katanya dalam Program Pembersihan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, beliau juga akan mengarahkan kementeriannya serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan agensi berkaitan untuk meneliti asas tindakan pengharaman aplikasi TikTok oleh Indonesia.

"Kita akan memanggil wakil TikTok dalam masa terdekat kerana kerjasama pengendali aplikasi itu terhadap pihak kerajaan tidak memuaskan ketika ini.

"Sebagai contoh, penyebaran isu virus X di aplikasi itu yang mencecah lebih 1.5 juta tontonan dan apabila kita panggil orang (pengendali) TikTok, mereka tidak ambil tindakan.

"Walhal, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga sudah menangkis dakwaan jururawat perlu divaksin kerana ia (virus X) belum ada cuma kenyataan sebelum ini sebagai pemakluman bagi kita siap sedia, ambil pengajaran isu Covid-19 sebelum ini," katanya.

Menurut Fahmi, beberapa isu termasuk data peribadi akan diteliti kerana terdapat beberapa perkara yang tidak jelas membabitkan aplikasi terbabit berhubung isu berkenaan.

"Ini kerana terdapat aduan mengenai harga produk, maklumat peribadi serta kandungan yang kita 'like' dan kongsi termasuk aspek kepenggunaan.

"Ada beberapa isu wajar perlu diperjelaskan antara pengendali aplikasi itu dan pihak kementerian (KKD)," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan TikTok secara rasmi menamatkan perkhidmatan beli-belah online di Indonesia bagi mematuhi peraturan baharu yang dikuatkuasakan pemerintah untuk melindungi perniagaan tempatan.

Malah, aplikasi itu tidak membenarkan proses transaksi e-Dagang di TikTok Shop Indonesia dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa pada masa akan datang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iklan-dan-kandungan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.074815 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list