View: 1309|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Kerjasama pelbagai agensi banteras isu pengemis warga asing
[Copy link]
|
|
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi membanteras isu pengemis warga asing di sekitar ibu negara.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya mengambil maklum berkaitan isu pengemis yang didalangi warga asing di sekitar ibu negara.
Menurutnya, walaupun ia di bawah tanggungjawab Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun polis sentiasa memantau isu pengemis membabitkan warga asing.
"Kita akan bekerjasama dengan agensi berkaitan malah tidak teragak-agak untuk melakukan tangkapan jika berkait jenayah," katanya ketika Program Pembersihan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam, di sini, hari ini.
Terdahulu, Jabatan Imigresen menggempur pengemis asing di sekitar Bukit Bintang di sini pada Ahad lalu dan menahan lapan warga asing termasuk seorang wanita China yang menyamar sebagai beragama Islam dengan memakai niqab ketika mengemis.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh dilaporkan berkata, semua yang ditahan berusia antara lapan bulan dan 78 tahun, terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita warga China, tiga wanita dan seorang kanak-kanak perempuan warga Pakistan, serta seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki warga Jordan.
Harian Metro menerusi laporan ekslusif juga melaporkan pengemis terutama dari timur tengah didapati tinggal di hotel dan membeli-belah selepas mengemis di tengah ibu kota.
Gelagat mereka berjaya dirakam wartawan dan jurugambar Harian Metro yang mengekori kumpulan berkenaan dari sebuah hotel dipercayai menjadi penginapan mereka, baru-baru ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... engemis-warga-asing |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|