CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1454|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Rumah meletup sebaik tekan suis lampu

[Copy link]
Post time 7-10-2023 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Gegaran akibat letupan gas di sebuah kediaman di tingkat 10, Apartmen Desa Tun Razak di sini, semalam. mencetuskan suasana panik.

Difahamkan, sebelum kejadian, penghuni rumah berkenaan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun baru pulang ke rumah dan letupan tercetus sejurus mangsa menekan suis lampu.

Saksi kejadian, Nor Leelawatiy berkata, dia yang ketika itu sedang bersiap untuk tidur di dalam bilik dikejutkan dengan bunyi letupan kuat dan gegaran dirasai di seluruh kediamannya.

"Saya yang ketika itu sedang duduk di bilik tiba-tiba terdengar bunyi letupan yang turut menggegarkan rumah saya.

"Dalam keadaan cemas, saya meluru keluar keranamenyangkakan berlaku gempa bumi sebelum suami memaklumkan berlaku letupan di rumah jiran hadapan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini tadi.

Impak letupan kuat yang berpunca kebocoran gas di bahagian dapur rumah berkenaan mengakibatkan dinding konkrit di bahagian ruang tamu pecah dan sisa batu jatuh ke tingkat 1.

Penduduk, Jaya, 52, berkata, jatuhan sisa konkrit itu menyebabkan motosikal yang digunakan untuk ke tempat kerja sejak 17 tahun lalu mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan buat sementara waktu.

Kontraktor pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu berkata, dia perlu membelanjakan beberapa ratus ringgit bagi membaiki kerosakan pada pada bahagian badan dan suis kekunci motosikal yang rosak.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, seorang lelaki melecur teruk manakala 12 motosikal rosak dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Apartmen Desa Tun Razak, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 10.59 malam.

Mangsa yang melecur 30 peratus di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Canselor Tuanku Muhriz bagi menerima rawatan.


KEADAAN dinding bahagian dapur sebuah rumah di Tingkat 10, Blok 4, Apartment Desa Tun Razak, Kuala Lumpur, akibat letupan kebakaran.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ik-tekan-suis-lampu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 01:30 AM GMT+8 , Processed in 1.027114 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list