View: 2601|Reply: 0
|
Afizi sedia lolos di Medini Iskandar
[Copy link]
|
|
AFIZI sedia memberikan tumpuan 100 peratus kepada perlumbaan Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Bandar Medini Iskandar, Iskandar Puteri esok.
PENYUDAH 10 terbaik menjadi sasaran awal pelumba pasukan Tobaki Cilik Pink Racing, Afizi Supaat menjelang perlumbaan Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Bandar Medini Iskandar, Iskandar Puteri esok.
Memandangkan ini tahun pertamanya bersaing dalam kelas perdana CP150 bersama pasukan Pink Racing, namun ia sama sekali tidak melunturkan semangatnya memberikan terbaik pada perlumbaan di litar baharu itu.
Bagi Afizi, dia menjadikan tahun ini sebagai laluan kepadanya mengenali cabaran perlumbaan CP150 terutama bersaing dengan pasukan yang sudah bertapak lama dalam perlumbaan tersebut.
“Bagi saya, saingan CP150 tidak semudah yang disangka bermula dari pasukan, jentera, pasukan lawan mahupun litar itu sendiri. Banyak perkara perlu diselarikan agar mampu memberikan yang terbaik.
“Ini tahun pertama saya dalam CP150 dan saya telah memberikan terbaik untuk mencari peluang untuk lolos ke podium. Bagaimanapun, ia sukar kerana kita bersaing dengan pasukan lawan hebat.
“Apa pun, cabaran itu sama sekali tidak mematahkan semangat saya kerana saya sedia memberikan 100 peratus di atas jentera. Pasukan telah buat kerja mereka, jadi giliran saya untuk buat yang terbaik.
“Menjelang saingan minggu ini, saya akan memberi tumpuan mengutip mata dan fokus utama adalah melepasi pusingan kelayakan. Selepas itu, baru kita kerja keras pada perlumbaan sebenar nanti,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Pelumba kelahiran Selangor tersebut kini menduduki tangga ke-18 dengan 17 mata keseluruhan. Kali terakhir, Afizi mengutip mata pada pusingan keempat sewaktu di Litar Sepang (Selatan) pada Jun lalu.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... di-medini-iskandar/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|