CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2260|Reply: 0

[Kelantan] KADA agih 32,000 kampit beras di Pertubuhan Peladang Kawasan

[Copy link]
Post time 7-10-2023 01:28 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Hussin (tengah) pada Majlis Pelancaran Jualan Beras Putih Tempatan di Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong, Bachok.- Foto NSTP/Nor Amalina Alias

BACHOK: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemudu (KADA) mengagihkan 32,000 kampit beras putih tempatan (BPT) bagi mengatasi kekurangan bekalan dalam pasaran.

Pengerusinya, Muhammad Hussin, berkata bagi tindakan itu sebanyak 320 metrik tan BPT diagihkan ke 13 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) bermula hari ini.

Beliau berkata, langkah itu adalah pelan intervensi pengedaran BPT KADA untuk memastikan beras sentiasa ada di pasaran.

Katanya, untuk peringkat pertama pihaknya menerima 32 metrik tan BPT daripada pengilang dan akan mengagihkan dua tan setiap PPK bersamaan 200 kampit beras.



"PPK Sri Gunong menjadi pengedar utama beras dan dipasarkan di kedai milik PPK.

"Langkah ini akan berterusan sehingga bekalan BPT kembali stabil," katanya ketika ditemui pada Majlis Jualan BPT KADA di PPK Sri Gunong, Bachok, di sini hari ini.

PPK Sri Gunong turut bertindak sebagai perolehan sumber bekalan, stor penyimpanan dan mengedar beras kepada PPK seliaan KADA membabitkan lima jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tumpat dan Pasir Mas.

Muhammad berkata, beras dijual mengikut harga syiling ditetapkan kerajaan iaitu RM26.00 bagi berat 10 kilogram sekampit.

Sebagai jelapang padi kedua terbesar negara, KADA memiliki 26,833 hektar padi yang diusahakan petani.

Katanya, hasil tuaian bersih padi bagi musim 2/2022 lalu, KADA memperoleh 120,000 tan bersamaan 60,000 metrik tan beras.

"Jumlah ini bersamaan enam juta kampit beras yang disediakan kepada pengguna," katanya.

Beliau berkata, peratus penanaman padi KADA juga mencapai 90 peratus daripada keluasan sebenar.

Bagi musim 1/2023, Muhammad memaklumkan KADA sudah mencapai 92 peratus proses selesai penanaman padi dan berharap hasil lebih meningkat pada tahun ini.
https://www.bharian.com.my/berit ... an-peladang-kawasan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.600159 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list