CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2256|Reply: 0

[Pahang] FAMA sedia edar telur ke Jerantut, Temerloh secara mingguan

[Copy link]
Post time 7-10-2023 01:30 PM | Show all posts |Read mode

Laporan BH Online 3 Oktober lalu mengenai bekalan beras tempatan, telur, gula dan minyak masak peket di Jerantut dan Temerloh masih kurang di pasaran.

KUANTAN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang sedia membekalkan telur ke Jerantut dan Temerloh secara mingguan sekiranya berlaku kekurangan bekalan yang serius.

Pengarahnya, Saiful Sadri, berkata tinjauan oleh Pusat Operasi FAMA Jerantut dan Temerloh mendapati bekalan telur semasa masih mencukupi dan boleh didapati di kebanyakan premis runcit dan pasar raya di dua daerah berkenaan.

Katanya, pihaknya kini hanya membekalkan telur di Pusat Operasi FAMA Kuantan bagi memenuhi permintaan pengguna setempat, namun sambutan diterima agak perlahan kerana pengguna ada pilihan lain.

Menurutnya, edaran pertama diterima kelmarin membabitkan lebih 1,000 telur yang dijual mengikut harga kawalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), iaitu telur gred A dijual pada RM13.50 sepapan, manakala gred B (RM12.90) dan gred C (RM12.30).



"Kita akan terus membuat edaran ke semua pusat operasi FAMA daerah di negeri ini sekiranya berlaku kekurangan bekalan yang serius. FAMA sentiasa memantau isu berkaitan telur dan beras bagi memastikan bekalan tidak putus.

"Sekiranya ada keperluan, kita sedia mendapatkan bekalan telur daripada pembekal di Melaka. Sebelum ini, FAMA Pahang mendapatkan bekalan lebih satu juta telur untuk diagihkan kepada pusat operasi daerah," katanya, di sini hari ini.

Selasa lalu, BH Online melaporkan bekalan beras tempatan, telur, gula dan minyak masak peket di Jerantut dan Temerloh masih kurang di pasaran, sekali gus menggusarkan pengguna dan peniaga kecil.

Tinjauan di kedai runcit di sekitar dua daerah itu mendapati kebanyakan peniaga mengakui sukar untuk memperoleh bekalan barang keperluan itu, dengan kekurangan minyak masak peket dan gula mula dirasai sejak bulan lalu dan jika ada bekalan yang diterima, ia dalam kuantiti yang kecil.

Mengenai beras putih tempatan, Saiful memaklumkan, FAMA Pahang menerima bekalan beras putih tempatan (BPT) sebanyak 10,500 kampit bulan lalu yang diagihkan kepada pengguna di negeri ini melalui pusat operasi FAMA setiap daerah.

Beliau berkata, jumlah berkenaan dijangka bertambah bulan ini selepas mendapat permintaan menggalakan daripada pengguna.

Katanya lagi, setiap minggu pihaknya menerima antara 1,500 hingga 3,000 kampit beras untuk diagihkan kepada empat pusat operasi FAMA, masing-masing di Jerantut, Cameron Highlands, Kuantan dan Lanchang.

"Pusat operasi FAMA di daerah lain akan mengambil bekalan masing-masing di empat pusat agihan yang paling hampir dengan mereka. Edaran kepada pengguna dilakukan setiap minggu dan penggunaan kupon jualan di setiap pusat operasi FAMA memberi lebih keselesaan kepada pengguna setiap kali mereka datang untuk membeli beras.

"Sejak jualan dimulakan pada awal bulan ini, tidak pernah ada sebarang masalah atau kejadian tidak diingini. Beras putih tempatan ini dijual pada harga RM26 bagi kampit 10 kilogram," katanya

https://www.bharian.com.my/berit ... loh-secara-mingguan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.048327 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list