CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2098|Reply: 0

[Pahang] Biasiswa Sulung ringankan beban Nur Najah Maisarah

[Copy link]
Post time 7-10-2023 01:44 PM | Show all posts |Read mode

Naib Canselor UMPSA, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin menyampaikan biasiswa SULUNG, Bantuan Awal Insentif Pendidikan dan komputer riba kepada Nur Najah Maisarah Mohd Rashid di Kuantan. FOTO Ihsan UMPSA

Kuantan: Mahasiswa baru Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Nur Najah Maisarah Mohd Rashid tidak menyangka terpilih sebagai penerima Program Pembangunan Siswa Sulung (Sulung) yang membantu anak pertama dalam keluarga B40 melanjutkan pengajian ke universiti.

Malah, Nur Najah Maisarah, 20, dari Tumpat, Kelantan turut menerima Bantuan Awal Insentif Pendidikan berjumlah RM1,000 serta bantuan komputer riba sebagai kemudahan dalam pengajian.

"Saya berterima kasih kepada UMPSA yang banyak membantu saya dan keluarga," katanya selepas menerima sumbangan daripada Naib Canselor UMPSA, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof Dr Kamal Zuhairi Zamli; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Mohd Rusllim Mohamed dan Pengurus Besar Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Haryani Abdullah.

Kejayaan Nur Najah Maisarah melangkah ke menara gading membanggakan bapanya, Mohd Rashid Jusoh, 61, yang bekerja sebagai nelayan dan ibu, Faridah Mohamed, 51, yang juga suri rumah.

Malah, kejayaan Nur Najah Maisarah iaitu anak kedua daripada tiga beradik itu menjadi pencetus semangat buat adiknya yang masih bersekolah untuk berjaya dalam pelajaran.

Sementara itu, Yuserrie berkata, program Sulung itu memfokuskan usaha membantu pelajar B40 yang ahli keluarga mereka belum pernah menjejakkan kaki ke menara gading.

"Ia sebagai pencetus motivasi kepada ahli keluarga yang lain untuk meningkatkan prestasi dalam bidang akademik.

"Sehingga kini seramai 225 pelajar baru UMPSA menerima bantuan Program Sulung dengan peruntukan berjumlah RM1 juta setiap tahun dalam membantu anak sulung dalam keluarga B40 melanjutkan pengajian ke universiti," katanya.

Selain itu, beliau berkata, UMPSA melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) akan berkunjung bagi membantu keluarga pelajar berkenaan.

Katanya, inisiatif itu semestinya berita gembira dan bermakna buat pelajar yang menerima sumbangan itu.

"Selain itu, peranti yang diterima ini akan menjadi milik pelajar sepenuhnya untuk digunakan sehingga tamat pengajian," katanya.

Dalam pada itu, melalui Yayasan UMP pelbagai bantuan turut disediakan termasuk Insentif Kecemerlangan, Biasiswa UMP, Bantuan Komputer Riba, UMPSA Campus Pantry, Bantuan Zakat untuk mahasiswa Muslim, Bantuan Sara Diri untuk mahasiswa Non-Muslim, Bantuan Musibah dan pelbagai lagi bantuan yang disediakan kepada pelajar yang memerlukan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -nur-najah-maisarah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.189067 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list