CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1901|Reply: 0

[Perak] Tekad kekang penyeludupan haiwan liar, pelihara khazanah alam

[Copy link]
Post time 7-10-2023 01:45 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berucap Majlis Perasmian Wildlife Crime Bureau / Perisikan Siasatan Khas (WSB/PSK), Jabatan KDNKA Polis Diraja Malaysia di Lapang Sasar 600, Markas Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta. FOTO L. MANIMARAN

Ipoh: Penubuhan Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan sekadar bagi menyiasat aktiviti penyeludupan haiwan liar, malah turut bertanggungjawab memelihara sumber asli serta khazanah alam negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM komited menyokong usaha kerajaan melindungi dan memelihara khazanah alam negara daripada pihak tidak bertanggungjawab meliputi kegiatan sindiket yang terbabit dalam pasaran gelap di seluruh dunia.

Menurutnya, kewujudan WCB/PSK yang diletakkan di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) adalah tindakan pihaknya dalam menzahirkan usaha menangani jenayah hidupan liar dan melindungi khazanah alam negara.

"Bukan sahaja kata REE (unsur nadir bumi), malah yang melombong emas, pembalakan dan mengutip flora dan fauna yang dilakukan secara haram yang mana kesemua itu adalah sumber asli negara (akan diambil tindakan).

"Apa yang kita banggakan adalah apabila pihak polis dan juga agensi seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), kastam, imigresen dan lain-lain termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dapat bekerjasama dalam menentukan khazanah negara, hasil bumi, laut, darat dan udara ini dapat dikekalkan untuk masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian WCB/PSK KDNKA Bukit Aman di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) Ulu Kinta, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah KDNKA (WCB/PSK), Senior Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari dan Ketua Pengarah Perhilitan Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

Razarudin berkata, buat masa ini WCB/PSK membabitkan 78 keanggotaan terdiri daripada 50 keanggotaan dalam WCB, sementara selebihnya dalam PSK.

Menurutnya, penubuhan berkenaan adalah hasil mesyuarat Jemaah Menteri pada Jun 2021 sebelum dapat direalisasikan pada Mei tahun lalu.

"Keperluan menubuhkan WCB sangat bertepatan dengan masa sekarang khususnya dalam strategi memelihara hidupan liar khusunya Harimau Malaya yang semakin diancam kepupusan,".

Katanya, jenayah alam sekitar termasuk perdagangan haram hidupan liar diklasifikasikan oleh United Nations Environment Programme (UNEP)-INTERPOL sebagai jenayah keempat terbesar di dunia dengan nilai perdagangan di seluruh dunia dianggarkan berjumlah USD7 hingga USD23 bilion setahun.

"Harga seekor Harimau Malaya mencecah USD55,000 (RM260,000) dan disebabkan itu ia diminati oleh pemburu haram.

"Catitan oleh pihak Perhilitan mendapati terdapat 71 kes pemburuan haram yang rata-rata membabitkan Harimau Malaya di negara ini dalam tempoh antara 2021 dan 2022.

"Seiiring perkembangan jenayah masa kini yang semakin kompleks, pendekatan yang diguna pakai oleh agensi penguat kuasa juga perlu ditransformasi kepada kaedah yang lebih konstruktif dan efisyen dalam setiap tindakan penguatkuasaan undang-undang.

"Menyedari hakikat itu, PDRM bersedia memberi komitmen dan menyumbangkan kepakaran serta kemahiran secara kolaborasi dengan pasukan lain dalam membanteras jenayah hidupan liar, sekali gus mendokong usaha pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah negara," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ihara-khazanah-alam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.051826 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list