CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26282|Reply: 155

Nukilan Pak Nil : Rahsia CT terus bertahan

[Copy link]
Post time 16-1-2011 04:59 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by dauswq at 16-1-2011 17:03

Rahsia terus bertahan

[email protected]



ASSALAMUALAIKUM! Kesempatan ini Pak Nil ingin mengucapkan selamat hari lahir ke-32 kepada Datuk Siti Nurhaliza yang jatuh pada Selasa, 11 Januari lalu. Rasanya macam baru semalam Pak Nil kenal Siti yang mula menapak di bidang seni suara dan sekarang dah 32 tahun! Ini juga bermakna, setengah daripada usia Siti diabadikan kepada dunia yang dicintainya.

Ketika menghadiri majlis hari jadi Siti di Hotel JW Marriot, Isnin lalu, Pak Nil lihat betapa sempurnanya wanita ini. Sudahlah cantik dan anggun, malah lengkap segalanya dalam hidup. Bukan saja kaya harta, malah kaya budi bahasa.

Kemewahan dan kejayaannya yang diperoleh jelas tidak naik ke kepalanya. Dia masih lagi wanita berbudi bahasa dan sopan. Masih menghormati orang yang dikenalinya dan ketika berbual tiada riak sombong langsung. Siti masih bercakap dengan Pak Nil sama seperti dia mula-mula diperkenalkan pada Pak Nil 16 tahun lalu.

Berbanding Pak Nil, banyak kejayaan yang ditempa Siti baik dalam mahupun luar negara, tetapi nada suaranya bagai menyorokkan kejayaannya. Pandai betul orang tuanya membesarkannya.


Teringat pertemuan awal kami dulu. Siti antara artis baru yang mencium tangan orang yang lebih tua daripadanya tanpa mengira jantina dan kedudukan. Pak Nil harus mengaku ketika itu Pak Nil agak sinis dengan perbuatan Siti kerana itu adalah senario lumrah di kalangan artis baru muncul di negara ini.


Setahun dua bolehlah ‘berlakon’ sopan di depan wartawan sebab bila sudah mendapat kejayaan, warna diri sebenar tidak dapat disorok lagi atau peribadi diri bertukar menjadi sebaliknya.

Lama juga Pak Nil perhatikan perlakuan Siti untuk melihat bagaimana ledakan glamor terpercik kepada keperibadiannya.

Namun Siti masih bersikap sopan, malah kesopanannya pula yang menyebabkan dua tiga penyanyi yang seangkatan dengannya susah nak cari makan. Walaupun sama berbakat, kelebihan keperibadian Siti mengatasi mereka.

Cerita Siti mencium tangan orang yang disalam pernah menjadi bahan cerita. Ada yang merasa kurang senang apabila perlakuan Siti bersalaman ini dikatakan berlebihan pula. Bila sudah disayang, segala pergerakan dan tindakan Siti juga ingin dikawal oleh peminatnya.

Ketika itu Siti mula mengawal tindakannya yang hanya mencium tangan orang yang agak lebih banyak berumur daripadanya tetapi tetap menundukkan kepala ketika bersalaman jika tidak mencium.

Pendirian Siti yang tidak mahu dipasangkan dengan mana-mana artis lelaki di dalam sesi fotografi turut menjadi bualan. Ketika artis lain galak bergambar seksi dan menggoda dengan pasangan lain jenisnya, Siti pula mengambil tindakan yang bertentangan.

Terkejut juga wartawan ketika itu dengan permintaan Siti dan ada yang menggelarnya ‘mengada-ngada dan lupa diri’.

Sungguh berbeza pendekatan Siti. Menongkah arus. Pak Nil percaya sukar juga bagi pengurusan Siti untuk berurusan dengan wartawan pada mulanya dan banyak sesi penerangan terpaksa diberikan!

Artis lelaki juga ada yang memperlekehkan permintaan Siti itu dan menjadikan ia sebagai isu gurauan ‘melampau’ sesama mereka. Mereka berasakan permintaan Siti tidak masuk akal dan menanti saat ketikanya Siti termakan sumpah atas peraturan yang dicipta sendiri.

Namun selembut-lembut Siti, rupa-rupanya pendiriannya tidak mudah dicairkan dan itulah sebenarnya yang menjadi inti pati kepada uniknya Siti Nurhaliza.

Dia terus mempertahankan pendiriannya yang akhirnya menonjolkan keunggulannya. Dia tidak mengharap publisiti gambar berpeluk dan mesra bersama artis lelaki untuk popular. Begitu juga dengan publisiti berpakaian, Siti tidak memerlukan pakaian menjolok mata untuk mendapat perhatian.

Kesederhanaan Siti dalam kerjayanya sangat menarik perhatiannya, sedangkan kariernya melonjak melebihi daripada artis yang pernah muncul daripadanya. Populariti memuncak sehingga kini!

Pendiriannya menarik diri daripada Anugerah Bintang Popular (ABP) tidak sesekali menurunkan popularitinya, malah Siti sememangnya tidak layak bertanding kerana dia berada di liganya tersendiri!

Pak Nil juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang masih terus mengundi Pak Nil dan meletakkan dalam senarai ‘Top 5’ bagi kategori Pengacara TV Lelaki Popular dan Penyampai Radio Lelaki Popular ABP 2010!

Terus terang Pak Nil nyatakan, Pak Nil tidak mengharapkan kemenangan kerana ingin membuka laluan untuk pemenang lain naik ke pentas.

Sebenarnya Pak Nil bersedia sejak tiga tahun lalu lagi untuk ini tetapi peminat masih terus memberi kepercayaan pada Pak Nil. Pak Nil akan menatang kepercayaan dan keinginan peminat yang mengundi!

Ketika ini, kalah menang bukan lagi menjadi agenda penting dalam kerjaya kerana Pak Nil sudah melalui semua proses naik turun. Kini Pak Nil lebih memerlukan pengiktirafan dalam kerja-kerja yang Pak Nil berikan kerana Pak Nil tidak akan sekali-kali mahu meninggalkan bidang yang disayangi ini.

Serahkan trofi popular ini pada calon lain jika pengundi rasa sudah berjumpa calon sesuai dan layak menggantikan Pak Nil dalam kategori pengacara.

Wassalam!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2011 05:09 PM | Show all posts
terbaca gara2 twitter Ct
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 05:43 PM | Show all posts
yang dapat apartment mewah tue CT gak ke...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 05:44 PM | Show all posts
anyway, CT memang sangat penyayang, lembut tutur kata & rendah diri dengan peminat...Terharu sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 07:54 PM | Show all posts
Reply 3# cinta_ungu


    rasanya ct la jugak.. baru je tbaca kat kosmo pasal artis dpt condo mewah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 08:41 PM | Show all posts
apa ler bebudak gossip akan kata....mcm boleh dibaca jerk komen mereka..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2011 09:19 PM | Show all posts
Reply 6# ColbyRaikkonen


    xde la pulak org bukak thread gosip pasal artis terima hadiah berbelas juta tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 10:34 PM | Show all posts
kekadang terfikir jugak...CT mak bapak leh didik dgn baik...kenapa sekrah yg montok tu x boleh nak jaga?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2011 10:37 PM | Show all posts
kekadang terfikir jugak...CT mak bapak leh didik dgn baik...kenapa sekrah yg montok tu x boleh nak j ...
harisbee Post at 16-1-2011 22:34



    saje nak bg abg bee merembes kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 10:40 PM | Show all posts
biaselaa abg bee, dalam satu family tue tak sume yang ok..
ade gak yang terlebih di ajar..dan terkurang di ajar..
ade yang terlebih menerima dan terkurang menerima..

semoga lah CT 1 family tak mengabaikan si saerah nie..sbb kalo dibiar tue yang terus hanyut...tapi td tgk melodi best je CT komen saerah punya hal. memang tau tutup aib orang. sayang CT...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 10:51 PM | Show all posts
merembes lah jugak sebab montok..sore pun sedap la compare dgn sesetengah retis yg ada yg dipuja2 oleh anti CT...tp x suka dgn gossip sekrah yg liar.....ayie x sepak2 ke dia ni....kalu abg bee jadi abg dah lama lunyai kena sepak sejak kecil....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 11:16 PM | Show all posts
merembes lah jugak sebab montok..sore pun sedap la compare dgn sesetengah retis yg ada yg dipuja2 ol ...
harisbee Post at 16-1-2011 22:51



   garangnya abang bee ni..ingat saerah bola ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 11:24 PM | Show all posts
garangnya abang bee ni..ingat saerah bola ke?
nabs Post at 16/1/2011 23:16


abang bee sangat sopan ok...mesra pelanggan sangat.
cume dengan nabs & sekrah mmg dia kena garang2...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 11:26 PM | Show all posts
abang bee sangat sopan ok...mesra pelanggan sangat.
cume dengan nabs & sekrah mmg d ...
cinta_ungu Post at 16-1-2011 23:24



   brp rm abang bee bayar ni suruh jawab ni?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 11:27 PM | Show all posts
brp rm abang bee bayar ni suruh jawab ni?
nabs Post at 16/1/2011 23:26



   dia tak bayar RM...USD aje..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 11:27 PM | Show all posts
wah... pak nil ngan siti ni memang ngam dari dulu lagi yer!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2011 11:56 PM | Show all posts
Reply  cinta_ungu


    rasanya ct la jugak.. baru je tbaca kat kosmo pasal artis dpt condo mewa ...
September14 Post at 16-1-2011 19:54



    tepek la... cite ape??? nk taw!!!! hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 11:04 AM | Show all posts
kalau tau ct ada kat melodi , boleh la pasang pacak kat situ.
manjang terlepas
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 12:27 PM | Show all posts
"...Siti tidak memerlukan pakaian menjolok mata untuk mendapat perhatian."

mencolok mata
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 12:28 PM | Show all posts
abang bee dah dengar single terbaru siti nordiana ke?

tak tahan...tak tahan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.071239 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list