View: 614|Reply: 0
|
[Terengganu]
Pembangunan Marang Sentral rancak pertumbuhan ekonomi setempat
[Copy link]
|
|
Marang: Marang Sentral (MS) yang akan dibangunkan di tapak stesen East Coast Rail Link (ECRL) di Kampung Durian Guling, dekat sini, dijangka mampu memberi impak besar kepada penduduk setempat.
Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia) Dr Alias Rameli berkata, kewujudan Marang Sentral bakal menjadi pusat pertumbuhan ekonomi yang aktif di kawasan sekitar.
"Kos pembinaannya MS ditentukan pihak ECRL, dan pembinaan ECRL ini melibatkan 20 stesen manakala di Marang, keluasan stesen iaitu antara lima hingga tujuh hektar.
"Untuk stesen (ECRL) Kuala Terengganu, kerajaan Persekutuan dan negeri sudah menyediakan satu pelan induk jajaran lima kilometer radius perancangan sudah ditentukan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Perancangan Tempatan, Majlis Daerah Marang 2035 (Penggantian), di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.
Menurutnya, kerajaan negeri juga sedia maklum dan bersetuju dengan pelan berkenaan.
"Walaupun ECRL belum siap lagi, pelan pembangunan sudah ada. Pelaburan datang dengan cara lebih mudah dan kita lihat ada impaknya kepada stesen dan kepada ekonomi tempatan selain sektor pelancongan," katanya.
Wan Sukairi Wan Abdullah (dua kanan) diiringi Dr Alias Rameli (dua kiri) melihat plan Rancangan Tempatan Majlis Daerah Marang Terengganu 2035 pada majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Bagi Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Marang 2035 di Dewan Utama Majlis Daerah Marang. FOTO GHAZALI KORI
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-ekonomi-setempat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|