CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 657|Reply: 0

[Kelantan] Pameran angkat warisan budaya Langkasuka

[Copy link]
Post time 8-10-2023 05:08 PM | Show all posts |Read mode

Gastronomi Langkasuka, Azzaha Ibrahim (kiri) melayan tetamu ketika 'Bekwoh Langkasuka' selepas majlis perasmian pameran 'After Monsoon 02 : Gastronomi Langkasuka'. FOTO SITI ROHANA IDRIS

Tumpat: Seramai 13 seniman dari seluruh negara termasuk Pattani, Thailand berkampung di daerah ini bagi mempamerkan karya masing-masing dalam usaha mengangkat warisan budaya Langkasuka.

Bertemakan 'After Monsoon 02: Gastronomi Langkasuka, pameran itu diadakan di bangunan Pasar Lama Tumpat yang juga simbolik kepada tinggalan sejarah.

Pengarah projek, Azzaha Ibrahim berkata, beliau mengambil masa 20 tahun membuat kajian mengenai sejarah kerajaan tertua itu sebelum menterjemahkannya dalam bentuk karya yang dipamerkan selama 15 hari bermula 1 Oktober hingga 15 Oktober ini.

"Lebih 20 karya yang dipamerkan sebab ingin mengangkat budaya serta warisan dari sejarah yang terpinggir iaitu Langkasuka.

"Pelbagai karya dipamerkan dalam bentuk lukisan sama ada 2D atau 3D, arca, filem, saluran video, pementasan serta makanan," katanya.

Terdahulu, pameran dianjurkan Varna Art Gallery dan Fiqir Event dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) serta Balai Seni Negara dirasmikan oleh Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Amerrudin Ahmad.

Katanya, dalam tempoh 20 tahun penyelidikan, kajiannya turut tertumpu kepada makanan tradisional dengan mendapatkan resepi daripada orang tua sebelum diterjemahkan kepada karya.

Sementara itu, Amerrudin berkata, sepanjang pameran, pengunjung dapat menikmati keindahan karya seni selain menghayati persembahan warisan budaya melalui gastronomi.

Menurutnya, pameran ini antara usaha mempromosikan dan melestarikan Kelantan khususnya Tumpat sebagai destinasi pelancongan budaya yang unik sekali gus mampu memberi impak positif dalam meningkatkan ekonomi pelancongan negara.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-budaya-langkasuka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.460685 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list