CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 519|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Perkhidmatan van perantara percuma ke Parlimen mulai esok

[Copy link]
Post time 9-10-2023 10:26 AM | Show all posts |Read mode

BAS RapidKL secara percuma dari KL Sentral ke Parlimen yang dilancarkan pada 20 Februari lalu. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Perkhidmatan van perantara percuma (T851) dari KL Sentral ke bangunan Parlimen disediakan mulai esok hingga 14 Disember ini bagi mengatasi kekurangan tempat letak kereta ketika persidangan berlangsung.

Menurut Rapid Bus di laman Facebooknya hari ini, perkhidmatan itu disediakan untuk pengguna yang mempunyai urusan rasmi di Parlimen.

"Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini jika ingin ke Taman Botani Perdana," demikian menurut poster yang dikongsi Rapid Bus.

Rapid Bus juga memaklumkan kekerapan perkhidmatan itu adalah setiap 30 minit bagi waktu puncak iaitu 7 pagi hingga 10.30 pagi dan 4.30 petang hingga 8 malam manakala kekerapan setiap 60 minit ketika waktu bukan puncak iaitu 11 pagi hingga 4 petang.

Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen Ke-15 akan membuka tirai esok hingga 30 November dan Persidangan Dewan Negara pula akan berlangsung dari 27 November hingga 14 Disember.

Pada Februari lepas, perkhidmatan bas pengantara percuma dari KL Sentral ke bangunan Parlimen disediakan untuk semua termasuk Ahli Parlimen, pegawai bertugas dan pengamal media bagi mengatasi isu kekurangan tempat letak kereta serta kesesakan lalu lintas.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... parlimen-mulai-esok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.169138 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list