View: 619|Reply: 0
|
[Kelantan]
Daya kreativiti jadi sumber rezeki
[Copy link]
|
|
FAIROS menyusun barangan kulit yang dihasilkannya ketika ditemui di kediamannya di Taman Guchil Jaya. FOTO Hazira Ahmad Zaidi
Kuala Krai: Kemahiran menghasilkan pelbagai barangan kulit dimanfaatkan sepenuhnya Fairos Abdullah, 50, sebagai pendapatan tambahan sejak tiga tahun lalu.
Menurut Fairos, idea untuk menghasilkan barangan daripada kulit kambing, lembu, ular dan burung unta itu tercetus selepas pulang ke kampung ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020.
Katanya, pada mulanya dia hanya menghasilkan barangan kulit untuk kegunaan sendiri sehinggalah sepupu memintanya membuat dompet.
"Sejak itu, permintaan terhadap kraf kulit yang dihasilkan semakin meningkat dan mendapat permintaan. Kelebihan kraf kulit yang saya hasilkan adalah 100 peratus menggunakan jahitan tangan.
"Pelbagai barangan kulit dihasilkan seperti sarung pisau, beg sandang dan sarung pemetik api yang menjadi pilihan peminat," katanya yang berniaga di pasar malam selain mempromosikan kraf kulit itu di media sosial.
Bapa kepada seorang anak itu berkata, tempoh untuk menyiapkan sesuatu barangan bergantung kepada saiz dan jenis.
Menurutnya, jika barangan yang dihasilkan mudah, ia hanya mengambil masa 20 minit, manakala paling lama mencecah sehingga seminggu.
"Harga setiap kraf kulit dijual bermula RM10 sehingga ada yang mencecah ribuan ringgit. Walaupun mahal, namun bagi peminat barangan kulit mereka tidak melihat pada harga, sebaliknya kualiti barang.
"Saya turut berdepan kekangan apabila perlu bersaing dengan barangan dari China disebabkan harganya lebih murah berikutan penggunaan bahan campuran.
"Namun, Alhamdulillah, setakat ini hasil kerja saya mendapat sambutan yang menggalakkan kerana kualitinya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -jadi-sumber-rezeki |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|