CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 598|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] SPRM bongkar penipuan pembekalan beras

[Copy link]
Post time 9-10-2023 05:34 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Sebuah syarikat pembekalan beras di Kedah dikesan melakukan penipuan pembekalan beras mengakibatkan kepincangan pengedaran dan penjualan bahan makan ruji negara.

Kegiatan itu dibongkar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mendapati syarikat berkenaan mendapat kontrak pembekalan beras daripada syarikat pertanian milik kerajaan negeri bernilai lebih RM100 juta setahun kira-kira tujuh tahun lalu bagi pembekalan beras di semenanjung Malaysia.

Sumber berkata, berdasarkan kontrak berkenaan, syarikat terbabit membuat pinjaman bank kira-kira RM30 juta sebagai pembiayaan projek berkenaan beberapa tahun lalu.

"Pengarah syarikat dipercayai berpakat dengan seorang ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan negeri untuk mengesahkan pembelian dan penghantaran sebanyak 28,000 tan beras setahun bernilai lebih RM100 juta namun pembekalan tidak dibuat.

"Syarikat berkenaan dikatakan sudah pun menerima amaun kira-kira RM30 juta itu menerusi beberapa transaksi," katanya.

Kata sumber, suspek terbabit juga dikatakan mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran matan palsu kepada pihak bank untuk proses permohonan pembiayaan pinjaman.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan berkaitan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-pembekalan-beras
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.054221 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list