CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 402|Reply: 0

[Melaka] Kedi wanita dakwa dicabul 2 pegawai kanan tentera

[Copy link]
Post time 10-10-2023 09:51 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR Hiasan

Melaka: Seorang kedi wanita mendakwa dirinya menjadi mangsa cabul kepada dua pegawai kanan tentera berpangkat Leftenan Kolonel dalam kejadian di sebuah kelab golf di Alor Gajah, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, pihaknya menerima laporan dibuat mangsa yang berusia 21 tahun pada hari sama.

Beliau berkata, susulan laporan dibuat itu satu kertas siasatan dibuka bagi membolehkan tindakan lanjut dibuat ke atas pegawai kanan tentera yang bertugas di sebuah kem tentera di Negeri Sembilan.

"Menerusi laporan dibuat itu, mangsa mendakwa dicabul dua lelaki ketika bekerja di kelab golf berkenaan.

"Susulan itu, kedua-dua pegawai kanan tentera berpangkat Leftenan Kolonel berusia 51 dan 52 tahun dipanggil bagi membantu siasatan Jumaat lalu," katanya dalam kenyataannya, malam tadi.

Zainol berkata, pihaknya turut menerima dua lagi laporan polis berkait dengan dakwaan insiden itu yang dibuat suspek berusia 51 tahun dan juga rakan sekerja mangsa.

"Suspek terbabit membuat laporan menafikan kejadian itu manakala satu lagi laporan dibuat rakan sekerja mangsa berusia 35 tahun menyatakan dia tidak melihat insiden berkenaan berlaku.

"Justeru itu, siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gawai-kanan-tentera
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.065139 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list