CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 420|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Alhamdulillah... Abdullah dah boleh bercakap

[Copy link]
Post time 10-10-2023 11:25 AM | Show all posts |Read mode

ABDUR Rahman (gambar kanan, bawah) bersama Abdullah. Gambar kiri, Abdullah. FOTO TitkTok @rahmanlahhhhh

Kuala Lumpur: Abang sulung kepada satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas yang meragut enam sekeluarga di Jalan Segamat-Kuantan, 1 September lalu, hari ini memuat naik dua video menerusi aplikasi TikTok, mengenai perkembangan adiknya yang sudah boleh bertutur semula.

Menerusi akaun @rahmanlahhhhh, Abdur Rahman Amir Ruddin, 19, berkongsi gelagat adiknya, Abdullah yang kelihatannya semakin sihat dan sudah mampu beransur-ansur bercakap dengan bantuan orang sekeliling.

Abdur Rahman turut berkongsi cerita, mengenai janji temu dengan doktor yang merawat adiknya semalam dan perubahan positif kesihatannya yang beransur pulih.

"Semalam ketika janji temu dengan doktor tekak, doktor kata awak dah boleh makan piza dah nanti. Wah kemain (bukan main) dia suka…lepas itu naik saja ambulans, terus dia cakap 'duo (Abdullah) dah boleh makan, duo nak KFC.

"Kebetulan hari ini abang keluar, sempatlah lari juga belikan KFC, suka betul dia, makan lah puas-puas sampai gemuk," tulis Abdur Rahman dalam hantaran yang turut mendapat perhatian ramai dengan lebih 38,900 tanda suka dan 1,283 komen.

Abdullah terselamat dalam kemalangan yang meragut nyawa enam ahli keluarganya iaitu ibunya, Noorahimah Noor Muhamad, 43, bapa, Amir Ruddin Ismail, 46, serta empat adik beradiknya Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Kemalangan berlaku pada 6.30 petang ketika mereka dalam perjalanan menghantar Noorahimah yang bertugas di Sekolah Agama Kemedak di Segamat.

Abdullah sebelum ini dilaporkan kritikal sejak hari kemalangan, namun mulamenunjukkan perkembangan positif sepanjang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat.

Dalam video sama, Abdur Rahman turut meminta adiknya yang sebelum ini menuntut di Maahad Tahfiz al-Quran Al-Muhammadi, Kundang Ulu, Bukit Gambir memohon doa orang ramai supaya kesihatannya kembali pulih dan mampu meneruskan hafalan al-Quran.

Abdur Rahman turut memuat naik satu lagi video, memaparkan Abdullah sedang bernasyid lagu Rindu Madinah diiringi alunan darbuka, dengan diiringi rakan dan keluarganya.

Seorang pengguna tiktok @nazihah Ahmad, antaranya meluahkan kesyukuran dengan keadaan kesihatan Abdullah yang semakin baik.

"Saya menangis kegembiraan melihat Abdullah dah boleh bercakap dengan jelas dan boleh makan apa yang dia nak. Terima kasih abang (Abdur Rahman)," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna TikTok, @Norihan990 mendoakan supaya Abdullah dapat kembali menghafal al-Quran sedikit masa lagi dan turut mendoakannya terus kuat menempuhi ujian ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dah-boleh-bercakap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.050968 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list