View: 2222|Reply: 0
|
Messi, Ronaldo kembali berentap di Arab Saudi?
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Messi-Ronaldo_1696915844.jpg)
MESSI (kiri) berpeluang untuk dipinjamkan kepada kelab lain. FOTO Agensi
London: Ketika Lionel Messi meninggalkan Paris Saint Germain (PSG), salah satu kelab yang bersaing untuk cuba mendapatkan pemain berusia 36 tahun itu ialah Al Hilal.
Bagaimanapun, kelab Arab Saudi itu bersama-sama dengan Barcelona akur dengan pilihan pemain antarabangsa Argentina itu yang memilih untuk menyertai Inter Miami.
Bagaimanapun, dengan kelab Florida Selatan itu terkeluar daripada playoff MLS dan khabar angin tersebar bahawa pemain yang membantu Argentina muncul juara Piala Dunia 2022 itu bakal dipinjamkan kepada pasukan lain.
Inter Miami tidak bermain sehingga Februari depan, jadi pinjaman selama enam bulan bukanlah sesuatu yang mustahil.
SPORT melaporkan bahawa Arab Saudi sedang cuba membawa Messi untuk beraksi beberapa bulan di sana bagi menghidupkan semula perseteruan dengan Cristiano Ronaldo.
"Penilaian dalaman masih berterusan; berita dijangka tidak lama lagi," kata Rudy Galetti, seorang wartawan untuk Sky Sports, mengenai Liga Pro Saudi yang ingin memikat Messi.
Laporan itu tidak mendedahkan pasukan mana kelab itu akan menyambar Messi.
Al-Hilal melakukan kepada Plan B selepas gagal mendapatkan Messi pada musim panas lalu.
Mereka membayar PSG €90 juta (RM450 juta) untuk Neymar Jr, jadi adakah kelab itu akan kembali untuk memancing pemenang Ballon d'Or tujuh kali itu?.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... entap-di-arab-saudi |
|
|
|
|
|
|
| |
|