CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2232|Reply: 0

La Liga: Yamal cetus kebangkitan Barcelona

[Copy link]
Post time 10-10-2023 02:18 PM | Show all posts |Read mode

YAMAL meledak gol pertama Barcelona yang mencetuskan kebangkitan mereka untuk mengikat Granada selepas ketinggalan dua gol. - AFP

GRANADA – Pemain termuda Barcelona, Lamine Yamal mencipta rekod selepas muncul penjaring termuda La Liga ketika membantu pasukan itu bangkit mengikat Granada 2-2 pada aksi La Liga awal pagi semalam.

Pada usia 16 tahun 87 hari, Yamal memulakan kebangkitan The Catalans apabila meledak gol pertama selepas mereka dikejutkan dengan aksi terbaik Granada yang berjaya mendapatkan dua gol dalam tempoh 30 minit perlawanan.

Barcelona dikejutkan dengan gol awal Granada menerusi Bryan Zaragoza kira-kira 17 saat selepas perlawanan dimulakan dan meledak gol kedua pada minit ke-29, sebelum Yamal mengurangkan defisit berkenaan pada masa kecederaan babak pertama.

Bagaimanapun, Barcelona bertuah untuk pulang dengan satu mata apabila Sergi Roberto meledak gol penyamaan kira-kira empat minit sebelum masa sebenar berakhir untuk mengikat kedudukan.

Keputusan itu menyaksikan Barcelona kini berada pada kedudukan ketiga ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu, Real Madrid dan satu mata di belakang Girona yang menghuni posisi kedua La Liga.

Biarpun berjaya meraih keputusan seri, ia nyata tidak menggembirakan pengendali The Catalans, Xavi yang menganggap para pemainnya layak untuk meraih lebih daripada satu mata daripada perlawanan itu.

“Kami layak untuk mendapatkan lebih lagi, kami bersabar, mendominasi, tetapi hanya membawa pulang satu mata sahaja.

“Mungkin ini adalah perlawanan di mana kami berjaya mendapatkan penguasaan paling besar dan mencipta banyak peluang, namun kami terpaksa bekerja keras untuk melakukan kebangkitan. Dari aspek bermain, ia adalah perlawanan yang baik, tetapi bukan dari segi keputusan,” jelasnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... angkitan-barcelona/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.045750 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list