CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2354|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Lelaki ditahan, ugut ahli perniagaan RM1.8 juta

[Copy link]
Post time 10-10-2023 03:40 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Lelaki ditahan selepas dipercayai memeras ugut ahli perniagaan sebanyak RM1.8 juta di sebuah rumah di Ampang Hilir, di sini, pada 16 Jun lalu.

Sumber berkata, mangsa berusia 28 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 5 Oktober lalu.

"Mangsa mendakwa dia dilarikan ketika berada di rumah rakannya oleh penjenayah berusia 38 tahun yang mengacu pisau dan menutup kepalanya dengan kain.

"Mangsa kemudian dipaksa menaiki sebuah kereta bersama rakannya dan dibawa ke satu lokasi tidak dikenal pasti. Penjenayah bertindak menendang dan memaksa mangsa menyerahkan jam tangan sebelum dia dihantar pulang," katanya.

Katanya, penjenayah kemudian meminta mangsa menyerahkan wang sebanyak RM1.8 juta secara tunai pada keesokan harinya.

"Mangsa yang takut dengan ugutan itu memberikan wang berkenaan. Beberapa hari kemudian, suspek bertindak memulangkan semula jam tangan mangsa yang dirampas sebelum ini.

"Ahli perniagaan itu memaklumkan dia lambat membuat laporan polis kerana diugut dan berada dalam keadaan trauma berikutan kejadian itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi, ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Suspek sudah berjaya ditahan dan kes itu disiasat oleh Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erniagaan-rm18-juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065443 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list