CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2805|Reply: 0

Harimau Malaya fokus benam India

[Copy link]
Post time 10-10-2023 04:03 PM | Show all posts |Read mode

Endrick (depan) menjalani latihan bersama rakan sepasukan menjelang aksi Pestabola Merdeka.

KUALA LUMPUR: Penarikan diri Palestin daripada Pestabola Merdeka 2023 tidak menjejaskan fokus barisan pemain Harimau Malaya untuk meraih keputusan positif dalam kejohanan itu.

Pemain naturalisasi, Endrick Dos Santos menegaskan perkara paling penting adalah pemain perlu fokus menewaskan India sekali gus membolehkan mereka mara ke final bertemu Tajikistan yang mendapat 'bye'.

"Kami tetap teruskan proses persiapan dan kami akan lakukan kerja kami. Tumpuan utama adalah untuk memberikan persembahan terbaik dalam perlawanan yang akan diharungi.

"Sasaran saya hanya mahu membantu pasukan. Kami inginkan kemenangan dan mencipta sesuatu dalam kejohanan ini, jadi kami bekerja keras untuk mencapai hasrat itu," katanya.



Palestin sah terpaksa menarik diri pada saat akhir susulan situasi semasa ketegangan di Semenanjung Gaza membabitkan pertempuran antara pejuang Hamas dan tentera Israel.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kesuntukan masa untuk mencari pasukan lain bagi menggantikan Palestin, sekali gus menyaksikan Pestabola Merdeka kali ini hanya akan disertai Malaysia, India dan Tajikistan.

Badan induk itu tidak mengubah format pertandingan dengan Malaysia kekal akan berdepan India bagi aksi pertama, Jumaat ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil manakala Tajikistan yang sepatutnya berdepan Palestin mendapat 'bye' dan akan terus mara ke final.

Untuk rekod, Lubnan pada Ogos lalu membuat keputusan menarik diri daripada Pestabola Merdeka 2023 kerana pasukan itu yang diundi menentang Palestin bagi aksi pertama turut berada dalam kumpulan sama bagi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan depan.

Situasi itu menyaksikan FAM mendapatkan pasukan kebangsaan Tajikistan sebagai pengganti bagi tidak menjejaskan pertandingan empat pasukan dalam Pestabola Merdeka 2023.

Sementara itu, bintang muda Harimau Malaya, Mukhairi Ajmal Mahadi menjelaskan semua pemain bersedia dengan apa sahaja yang berlaku dan akan mengikut perancangan daripada jurulatih.

"Bagi saya, kami sebagai pemain bersedia walau apa pun yang berlaku dan ia tidak mengganggu mental pemain sebab jurulatih, Kim Pan Gon memberi fokus satu perlawanan ke satu perlawanan," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... a-fokus-benam-india
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.117961 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list