CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2819|Reply: 0

Arab Saudi mula langkah bida Piala Dunia 2034

[Copy link]
Post time 10-10-2023 04:05 PM | Show all posts |Read mode

FIFA hanya menerima bidaan daripada wakil Asia dan Oceania sahaja untuk Piala Dunia 2034.

RIYADH: Arab Saudi mengorak langkah seterusnya dalam usaha menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 dengan menghantar surat kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) semalam.

Negara itu menyatakan minat mereka selepas FIFA mengumumkan hanya pembida dari Asia dan Oceania sahaja akan dipertimbangkan untuk edisi 2034.

Presiden FIFA, Gianni Infantino turut mengumumkan tuan rumah edisi 2030 yang dikongsi oleh enam negara.

Sepanyol, Maghribi dan Portugal akan menjadi tuan rumah utama, tetapi sebagai ulangtahun ke-100 kejohanan, Uruguay, Paraguay dan Argentina akan menganjurkan perlawanan-perlawanan pembukaan.



Arab Saudi - yang melabur besar dalam bola sepak dan pembangunan Liga Pro mereka sepanjang 12 bulan lalu - pada awalnya mahu membida untuk edisi 2030.

Ia membabitkan Greece, Mesir dan Arab Saudi, tetapi rancangan itu dibatalkan dan mereka kini mensasarkan untuk menjadi tuan rumah pada tahun 2034. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... da-piala-dunia-2034
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.045531 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list