CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2962|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Himpunan solidariti Palestin perlu mohon permit

[Copy link]
Post time 10-10-2023 04:49 PM | Show all posts |Read mode

Razarudin Husain pada sidang media di Bukit Aman. FOTO ASWADI ALIAS

Kuala Lumpur: Polis belum menerima permohonan penganjuran himpunan aman solidariti bagi rakyat Palestin pada Jumaat ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebarang perhimpunan yang ingin dianjurkan perlu membuat permohonan kepada polis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Memang kita sudah dimaklumkan dengan perhimpunan itu dan kita sudah tentukan yang ia adalah perhimpunan yang aman.

"Bagaimanapun, saya belum dapat pastikan sama ada penganjur sudah menghantar pemakluman kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Terdahulu, beberapa pihak termasuk parti politik dijangka mengadakan himpunan aman bersoladariti bersama rakyat Palestin di masjid terpilih di ibu negara, Jumaat ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu surat mengarahkan kehadiran semua ahli parti, penyokong, pendokong serta seluruh umat Islam dalam Himpunan Soladariti Aman bersama rakyat Palestin selepas solat Jumaat.

Begitu juga Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang akan mengadakan himpunan solidariti bertempat di surau Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak, hari sama.

Ketuanya, Adam Adli dilaporkan berkata, himpunan itu diadakan bagi membantah tindakan kejam dilakukan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -perlu-mohon-permit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 01:45 AM GMT+8 , Processed in 1.215560 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list