View: 1420|Reply: 0
|
[Johor]
Tiga penyakit meningkat akibat jerebu di Johor
[Copy link]
|
|
Bangunan hampir tidak kelihatan berikutan jerebu di kawasan di Permas Jaya, Johor Bahru disini. RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!
JOHOR BAHRU – Tiga penyakit dilaporkan telah meningkat di negeri ini sejak Isnin lalu akibat cuaca jerebu yang sedang melanda negara, termasuk beberapa lokasi di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, tiga penyakit itu adalah konjunktivitis (penyakit mata), URTI (masalah sistem pernafasan) dan asma.
Menurut beliau, berdasarkan data Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) konjunktivitis meningkat kepada 45 kes dalam tempoh seminggu semasa jerebu berbanding 26 kes seminggu sebelum jerebu.
“Bagi kes URTI melibatkan selsema, pening dan sakit tekak, ia meningkat daripada 1,174 kes pada minggu ke-39 kepada 1,528 kes pada minggu lalu, peningkatan 30.1 peratus.
“Sementara itu, bagi asma pula, berlaku peningkatan daripada 52 kes seminggu sebelum jerebu kepada 82 kes seminggu sewaktu jerebu,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di sini, hari ini.
Tambah Tian Soon, pesakit yang terjejas akibat keadaan jerebu di negeri ini meliputi pelbagai peringkat usia yang menerima rawatan sebagai pesakit luar, namun begitu penyakit asma pula melibatkan pesakit kanak-kanak.
“Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjangka keadaan udara tidak sihat di Larkin, di sini dan Batu Pahat akan menjadi semakin buruk, namun kita berharap sebaliknya.
“Agensi kerajaan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan pengalaman dalam menguruskan pencemaran seperti jerebu. Tetapi lebih penting orang ramai perlu menjaga kesihatan diri.
“Kurang aktiviti luar, pakai pelitup hidung dan mulut serta banyakkan minum air masak lebih lagi kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan,” jelasnya.
Berdasarkan aplikasi MyIPU, kualiti udara tidak sihat direkodkan di Larkin, Johor Bahru dengan bacaan 152, manakala Batu Pahat pula merekodkan bacaan 159 setakat pukul 3 petang hari ini.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... at-jerebu-di-johor/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|