View: 1936|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Derhaka ibu: 3 beradik dibebaskan dengan jaminan
[Copy link]
|
|
SEORANG ibu yang juga warga emas (duduk) ketika mengadu masalahnya yang didera anaknya sendiri kepada NGO Semboyan yang diketuai Yusof Azmi. FOTO Tular
Seremban: Tiga beradik lelaki 'derhaka ibu' yang ditahan selepas dikatakan mencederakan ibu kandung mereka dan tular di media sosial baru-baru ini, dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kes itu membabitkan isu domestik atau hal keluarga dan sudah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
"Tiga suspek lelaki itu ditahan minggu lalu (5 Oktober 2023) dan semalam mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
"Siasatan berdasarkan laporan yang dibuat iaitu mencederakan orang dan merosakkan harta di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu beliau menghadiri Program Townhall Discussion Peringkat Kontinjen Negeri Sembilan 'Revolusi Industri Pelancongan "Secure & Safety" dan Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita di sini hari ini.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof ketika Majlis Pelancaran Taman Angkat AMANITA Peringkat kontinjen Negeri Sembilan Tahun 2023 membabitkan Taman Pinggiran Pedas, dekat Rembau. Foto Ahmad Hasbi.
Turut diadakan Majlis Pelancaran Taman Angkat AMANITA Peringkat kontinjen Negeri Sembilan Tahun 2023 membabitkan Taman Pinggiran Pedas, dekat Rembau.
Mengulas lanjut, Ahmad Dzaffir berkata, kesemua keterangan suspek sudah diambil dan dirakam daripada pelbagai aspek dan polis masih menunggu laporan perubatan.
Sebelum ini, media melaporkan tiga suspek yang berusia 17 hingga 29 tahun ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Port Dickson kira-kira jam 6.30 petang, 5 Oktober lalu sebelum direman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular video "Derhaka Ibu" yang dimuat naik seorang pemilik akaun di Facebook berkaitan seorang lelaki yang melakukan kekerasan terhadap ibunya.
Dalam pada itu, Ahmad Dzaffir ketika menjadi panel pada sesi perbincangan dengan pengusaha pelancongan di negeri ini memberitahu, pelancong domestik di negara ini meningkat 120 peratus pada tahun 2022 hingga 2023 manakala pelancong asing meningkat sebanyak 80 peratus bagi tempoh sama.
Tambah beliau, berlaku peningkatan dalam trend jenayah atas talian atau penipuan e-commerce dalam industri pelancongan dengan 30 kes direkodkan pada bagi tahun 2022 hingga 2023.
"Jenayah industri pelancongan ini membabitkan penipuan baucar pakej penginapan hotel yang mana orang ramai membuat pembelian secara dalam talian tapi apabila ingin menebus semula baucer itu tidak sah dan sebagainya.
"Orang ramai sepatutnya menyemak dan fikir dahulu adakah baucar ditawarkan berbaloi dengan harga yang ditawarkan bukan sedang tertarik disebabkan murah," katanya lagi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... skan-dengan-jaminan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|