CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2287|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Jerebu: Dua kawasan di Semenanjung catat IPU tidak sihat pagi ini

[Copy link]
Post time 11-10-2023 11:35 AM | Show all posts |Read mode

Pemandangan di sekitar Melaka akibat jerebu ketika tinjauan FotoBernama di Bukit Ayer Keroh hari ini. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Dua kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims), Jabatan Alam Sekitar, dua kawasan berkenaan ialah Bukit Rambai, Melaka dengan bacaan IPU 153 dan Larkin, Johor (126).

Sementara itu, 57 lagi kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100), manakala sembilan kawasan lain mencatatkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... idak-sihat-pagi-ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.261954 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list