View: 2370|Reply: 0
|
[Johor]
Lepas makan, ‘dia’ berak merata
[Copy link]
|
|
Mohd. Alawi menunjukkan kesan najis gajah di belakang gerainya di Simpang Perani, Kota Tinggi, semalam.
KOTA TINGGI – Seorang penjual buah-buahan di Simpang Perani di sini mengalami kerugian kira-kira RM10,000 selepas gerainya diserang tiga ekor gajah liar dalam kejadian Ahad lalu.
Mohd. Alawi Osman, 39 berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi menyebabkan kesemua buah-buahan yang merupakan stok baru rosak.
Menurutnya, selain memakan dan merosakkan buah-buahan, terdapat juga kesan najis haiwan liar itu di dalam gerai.
“Banyak buah yang rosak dan jumlah tembikai sebanyak satu tan hanya berbaki tujuh biji.
“Ini adalah kejadian kedua berlaku yang melibatkan kerugian besar. Beberapa tahun lepas, serangan gajah turut mengakibatkan kerosakan khemah dan saya mengalami kerugian lebih RM4,000,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Mohd. Alawi berkata, dia telah berniaga kira-kira 10 tahun di lokasi itu dan mendakwa terdapat kira-kira 30 ekor gajah liar yang sering mengganggu premisnya terutama ketika cuaca sejuk.
“Isu gangguan gajah ini sangat serius dan pernah berlaku kes orang mati dipijak haiwan liar itu beberapa tahun lalu,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/10/11/lepas-makan-dia-berak-merata/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|