CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1915|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Seremban kedua tertinggi penipuan atas talian

[Copy link]
Post time 11-10-2023 02:34 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

Seremban: Daerah Seremban berada di tangga kedua tertinggi di Malaysia bagi jumlah kertas siasatan yang dibuka membabitkan penipuan atas talian sejak Januari hingga September lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, Seremban berada di belakang Georgetown, Pulau Pinang atau di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

"Di Negeri Sembilan, bagi kes 'scam' kita berada di lima teratas daripada 14 negeri di Malaysia manakala bagi daerah, daripada 157 IPD dalam Malaysia, kita di tempat kedua paling tinggi di belakang Georgetown.

"Bagi kertas siasatan yang dibuka Jabatan Siasatan Jenayah Komersial untuk Januari hingga September, IPD Seremban mencatatkan 952 laporan. Di Georgetown pula 1,139 kertas siasatan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, penipuan atas talian berubah mengikut peredaran zaman dan teknologi yang mana sindiket sentiasa mencari idea baru bagi memerangkap mangsa.

"Jika 10 tahun lalu, saya hanya tahu mengenai 'parcel scam' dan 'love scam'. Kini pelbagai jenis penipuan wujud dan yang terbaru orang ramai suka membeli-belah dalam talian.

"Kena berhati-hati ketika membeli atas talian. Terbaru, ada pihak yang menawarkan 'cashback' ketika menggunakan pasar atas talian kononnya ada mendapat pulangan.

"Selepas menekan 'link' yang diberikan, dalam tempoh tertentu pembeli akan mendapati baki dalam akaun e-dompet berkurangan kerana sindiket sudah mencuri maklumat peribadi mangsa," katanya.

Menurutnya, ada juga pihak yang tidak diiktiraf Tabung Haji atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melakukan penipuan yang menawarkan pakej umrah dan haji.

"Kena tengok pakej yang ditawarkan, jika ragu-ragu buat semakan syarikat berkenaan. Ada juga pegawai polis sendiri yang terpedaya dengan tawaran menunaikan ibadah haji ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... enipuan-atas-talian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.099138 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list