CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1612|Reply: 0

[Selangor] Kilang sebabkan pencemaran air, bau diarah tutup

[Copy link]
Post time 11-10-2023 05:22 PM | Show all posts |Read mode

PASUKAN operasi bersepadu memeriksa pencemaran yang diakibatkan oleh pelepasan sisa dari kilang memproses dan melupus hasil sejuk beku tamat tempoh. FOTO Ihsan MPKS.

Kuala Selangor: Kilang memproses dan melupuskan hasil laut sejuk beku tamat tempoh diarah tutup serta-merta selepas didapati menyebabkan pencemaran air dan bau di kolam tadahan air Taman Industri Alam Jaya.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) turut mengeluarkan empat kompaun di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2007.

Kilang itu juga diberi notis larangan pengeluaran efluen.

MPKS dalam kenyataan berkata, operasi bersepadu bersama Jabatan Kesihatan Persekitaran bersama Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS), semalam digerakkan selepas aduan mengenai pencemaran yang mengakibatkan ikan mati.

Katanya, didapati kilang itu mengalirkan air pelupusan hasil laut secara terus ke parit berhampiran dan mengalir ke kolam tadahan yang terletak satu kilometer.

"Tindakan penguatkuasaan dijalankan dan premis juga diarah membuat pelupusan/ pembersihan segera," kata MPKS.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ir-bau-diarah-tutup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.029540 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list