View: 1681|Reply: 0
|
[Perak]
Dua beradik kembar maut kemalangan
[Copy link]
|
|
KEADAAN Perodua Kancil dan Nissan X-Trail yang bertembung sehingga mengakibatkan dua wanita kembar maut. FOTO Ihsan JBPM
Pasir Salak: Dua beradik kembar maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kampung Changkat Rambai, Kampung Gajah, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa maut dikenali Nur Shahidah Abdull Karim dan Nur Zuhaida Abdull Karim, masing-masing berusia 33 tahun.
Komander Operasi merangkap Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah, Abd Hadi Abdullah, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 11.17 pagi.
Menurutnya, kemalangan itu membabitkan kereta jenis Perodua Kancil dinaiki dua wanita berusia 33 tahun dan sebuah SUV jenis Nissan X-Trail yang dinaiki seorang lelaki dan seorang wanita berusia awal 40-an.
"Anggota bomba diarahkan mengeluarkan dua wanita yang tersepit di dalam Perodua Kancil dengan menggunakan peralatan khas.
"Kedua-dua wanita berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Dua lagi mangsa yang menaiki Nissan X-Trail cedera ringan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, operasi berkenaan ditamatkan jam 1.10 petang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bar-maut-kemalangan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|